Sorting by

×

MAIM BANTU MANGSA KEBAKARAN BANGKIT SEMULA

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

TANJUNG BIDARA 25 Mei – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) antara agensi terawal yang tampil bagi menghulurkan bantuan kepada kepada empat beranak yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Balik Hutan, Lubok Redan, Masjid Tanah, di sini, musnah dalam kebakaran jam 9 malam semalam.

Akibat kebakaran, Mohd Fairus Hamzah, 53, isteri Samsiah Hasan, 48 dan dua anak mereka tinggal sehelai sepinggang selepas keseluruhan kediaman mereka musnah terbakar.

Pegawai Tugas Khas MAIM Datuk Wira Md Rawi Mahmud berkata, setakat ini pihaknya menghulurkan bantuan awal kepada empat beranak berkenaan supaya mereka dapat menjalani kehidupan harian seperti biasa.

“Kebakaran menyebabkan mereka ini hilang semuanya dalam masa singkat, termasuk barangan asas seperti pakaian yang amat perlu bagi setiap insan, sehubungan ini MAIM menghulurkan bantuan awal kepada mereka.

“Namun MAIM bersedia untuk mempertimbangkan bantuan-bantuan lain mengikut keperluan mereka, alhamdulillah setakat ini mereka menumpang berteduh buat sementara waktu di rumah kakak Mohd Fairus,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid melawat mangsa kebakaran berkenaan, hari ini.

Hadir sama Setiausaha UMNO Bahagian Masjid Tanah Mohd Hafith Alias; Penghulu Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara Azizan Daud dan Setiausaha Japerun Tanjung Bidara Ahmad Warid Ismail.

Md Rawi berkata, meskipun keluarga berkenaan akan dibantu untuk mendapatkan bantuan kediaman baharu menerusi Lembaga Perumahan Melaka (LPM), MAIM juga sedia membantu sekiranya ada keperluan tambahan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

77
Kongsi :
Previous post PERMUDAHKAN PERMOHONAN BANTUAN RUMAH BAHARU MANGSA KEBAKARAN