
BOMBA MELAKA SELAMATKAN PENYU TERSANGKUT DALAM LONGKANG
PANTAI KUNDOR 7 Jun – Seekor penyu seberat antara 40 hingga 60 kilogram berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka selepas ditemukan tersangkut di dalam longkang berhampiran sebuah motel di Tanjung Kling di sini hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam JBPM Melaka Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 11.33 pagi sebelum sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu digerakkan ke lokasi.
“Setibanya di tempat kejadian, didapati benar terdapat seekor penyu yang tersangkut di dalam longkang sebelum kerja-kerja menyelamat haiwan itu berjaya dilaksanakan.
“Haiwan itu kemudian dilepaskan semula ke laut dengan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata penyu itu dipercayai daripada spesies penyu karah dan operasi khidmat khas itu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha membantu memelihara populasi penyu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 2,000 UMAT ISLAM IMARAHKAN MELAKA BERMUNAJAT
LENDU 22 Oktober - Seramai 2,200 umat Islam mengimarahkan majlis ilmu Melaka Bermunajat: Majlis Ratib Al-Attas & Asmaulhusna di Masjid...
PRN MELAKA: BN UMUM CALON 24 OKTOBER, MUKTAMAD KERJASAMA DENGAN PAS
LENDU 21 Oktober -Barisan Nasional (BN) sudah memuktamadkan kerjasama dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 pada...
AI BUKAN ANCAMAN, TAPI PELUANG MARTABAT BAHASA MELAYU – DBP
AYER KEROH 21 Oktober - Perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) bukan ancaman kepada kelangsungan bahasa Melayu, sebaliknya membuka peluang lebih...
MELAKA TERUS MARTABAT BAHASA KEBANGSAAN
AYER KEROH 21 Oktober - Kerajaan Negeri Melaka komited untuk terus memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa...
729 PESERTA, SATU MISI HIJAUKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 21 Oktober - Seramai 729 peserta daripada 30 agensi kerajaan dan 15 syarikat swasta berganding bahu menceriakan persekitaran...
BAHASA KEBANGSAAN LAMBANG BANGSA MERDEKA
AYER KEROH 21 Oktober - Bahasa kebangsaan bukan sekadar alat komunikasi, sebaliknya lambang kemerdekaan, jati diri dan maruah bangsa yang...
