Sorting by

×

MPJ PRIHATIN: ‘KINI SAYA BOLEH TIDUR LENA’

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

RIM 28 Jun – Rata-rata penerima bantuan baik pulih rumah menerusi Program Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Prihatin sempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim menzahirkan ucapan terima kasih dan menyifatkan usaha itu sebagai lambang keprihatinan kerajaan.

Bagi warga emas, Rabiah Manap, perubahan yang dilakukan pada kediamannya memberi kelegaan apabila bumbung dan zink rumahnya diganti baharu sekali gus menjadikan keadaan lebih selesa dan selamat ketika hujan.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada MPJ, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan Kerajaan Negeri yang membantu memberikan keselesaan kepada saya, selepas ini bolehlah saya tidur lena.

“Kalau sebelum ini setiap kali hujan atau ribut, bumbung pernah tercabut dan walaupun sudah diganti, masih berlaku kebocoran. Jadi memang terpaksa menadah air setiap kali hujan,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui di kediamannya di Kampung Sempang Kerayong pada Program MPJ Prihatin sempena WRUR DUN Rim, di sini, pada Jumaat.

Nada sama turut disuarakan seorang lagi penerima, Shabariah Yusoff dari Kampung Rim yang menerima bantuan baik pulih melibatkan bumbung serta dinding rumah yang dinaik taraf daripada kayu kepada simen.

Menurutnya, usaha dilaksanakan menerusi WRUR DUN Rim itu bukan sahaja meningkatkan keselesaan, malah memberi jaminan keselamatan kepada penghuni.

“Syukur alhamdulillah, usaha yang dilaksanakan semua pihak ini sangat murni. Bumbung yang rosak telah diganti baharu dan kini lebih selesa serta selamat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Untuk rekod, Program MPJ Prihatin melibatkan kerja baik pulih dan naik taraf lima buah rumah golongan B40 di kawasan berkenaan dengan kos kira-kira RM20,000 bagi setiap unit, merangkumi penggantian bumbung, zink serta struktur rumah yang rosak.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

439
Kongsi :
Previous post TANJUNG BIDARA DUN PERTAMA DIPILIH LOKASI PENGANJURAN INTRADE DI MELAKA
Next post KONSEP ‘GLAMPING’ BAKAL DIPERKENALKAN DI TASIK CHIN CHIN