Sorting by

×

USIA SENJA LEBIH BERMAKNA, KINI MILIKI RUMAH SENDIRI – PENERIMA PPRS

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

LENDU 11 Julai – Penantian seorang warga emas untuk memiliki kediaman sendiri selepas bertahun-tahun menumpang di rumah adik akhirnya menjadi kenyataan apabila menerima rumah menerusi Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).

Bagi Chan Hua Boon, 63, pemberian rumah tersebut menjadi hadiah paling bermakna pada usia senja apabila dia, isteri dan anaknya tidak lagi perlu bergantung kepada ihsan keluarga untuk mendapatkan tempat berteduh.

Katanya, perasaan syukur tidak dapat digambarkan selepas impian memiliki rumah sendiri yang selesa akhirnya direalisasikan.

“Saya sangat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana membantu untuk saya mendapat rumah sendiri.

“Sebelum ini saya terpaksa menumpang di rumah adik berikutan tidak mempunyai kediaman sendiri, namun kini dapat menjalani kehidupan lebih tenang dan selesa di rumah PPRS yang mempunyai tiga bilik,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Kampung Baru di sini semalam.

Tambah Hua Boon, rumah baharu itu bukan sahaja menyediakan tempat perlindungan, malah memberi semangat baharu untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Tambahnya, dia turut menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan Kerajaan Negeri yang sentiasa mengambil berat kebajikan golongan memerlukan melalui pelbagai inisiatif bantuan.

“Bantuan ini amat bermakna buat saya, terutama pada usia yang semakin meningkat. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu merealisasikan impian saya,”katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

402
Kongsi :
Previous post KUNJUNGAN KETUA MENTERI BUAT WARGA EMAS RASA DIHARGAI
Next post BANJIR DI MELAKA AKIBAT TABURAN HUJAN LUAR BIASA, 21 STESEN REKOD BACAAN KRITIKAL