Sorting by

×

ADUN LANTIKAN PERKUKUH KETERANGKUMAN DUN MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SERI NEGERI 14 Julai – Cadangan mewujudkan keanggotaan secara lantikan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bukan perkara asing dalam amalan demokrasi berparlimen sebaliknya selaras dengan evolusi sistem legislatif.

Pengerusi MCA Melaka, Datuk Wira Lim Ban Hong berkata, cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lantikan membolehkan Kerajaan Negeri merapatkan ‘jurang demokrasi’ yang wujud dengan memberi perwakilan kepada wanita, masyarakat Orang Asli dan orang kurang upaya (OKU) agar suara semua lapisan masyarakat dapat didengar.

“Dalam sistem demokrasi yang ideal, seharusnya suara semua lapisan masyarakat mendapat tempat dalam dewan (DUN) justeru cadangan Adun lantikan ini dapat akan memperkukuhkan keterangkuman perwakilan dalam DUN Melaka.

“Malah Adun lantikan ini juga dapat berperanan sebagai pelengkap dalam menyumbang kepakaran, mereka juga mempunyai had kuasa serta kriteria lantikan yang telus,” katanya pada sidang media selepas Persidangan Kedua, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Adun Klebang berkata, justeru itu jangan terburu-buru melabelkan Rang Undang-Undang ini sebagai tidak demokratik kerana ia perlu dilihat daripada kesemua perspektif dan kemungkinan.

“Kesimpulannya Adun lantikan merupakan makanisme yang boleh memperluaskan perwakilan tanpa menjejaskan mandat wakil rakyat yang dipilih.

“Untuk itu MCA Melaka menyokong cadangan lantikan Rang Undang-Undang ini dan sekaligus percaya langkah ini akan memperkukuhkan tadbir urus dan kesejahteraan Negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

347
Kongsi :
Previous post KEPENTINGAN RAKYAT PERLU ATASI PERBEZAAN PENDIRIAN
Next post PENDIDIKAN ALIRAN AGAMA MELAKA CEMERLANG