Sorting by

×

MASALAH NELAYAN PANTAI KUNDOR AKAN DISELESAIKAN SATU PERSATU

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

PANTAI KUNDOR 20 Julai – Setiap isu yang dihadapi komuniti nelayan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor akan diteliti dan diselesaikan secara berperingkat demi menjaga kebajikan serta kelangsungan sumber pendapatan mereka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata Kerajaan Negeri mengambil maklum pelbagai perkara yang dibangkitkan oleh golongan nelayan dan akan berusaha mencari penyelesaian terbaik terhadap setiap isu berkenaan.

“Golongan nelayan merupakan antara penyumbang penting kepada sektor perikanan negeri, justeru kebajikan dan keperluan mereka akan terus diberi perhatian.

“Saya ambil maklum mengenai masalah golongan nelayan di DUN ini dan akan selesaikannya satu persatu,” katanya dalam ucapan ringkas pada sesi ramah mesra bersama nelayan Pantai Kundor sempena Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat DUN Pantai Kundor di Balai Nelayan Lereh, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman serta Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Penyelaras Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Datuk Fairul Nizam Roslan; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.

Pada lawatan itu, Ab Rauf turut menyampaikan sumbangan kepada Koperasi Penduduk Pantai Puteri berjumlah RM3,000, Koperasi Nelayan Sungai Lereh sebanyak RM3,000 dan Nelayan Sungai Lereh berjumlah RM7,300 sebagai usaha membantu serta menghargai peranan komuniti nelayan di kawasan berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

435
Kongsi :
Previous post PENDIDIKAN AGAMA BENTUK GENERASI MELAKA BERILMU, BERAKHLAK
Next post TOK RAUF DATANG BAWA BERITA GEMBIRA, RUMAH UZUR PESAKIT POLIO BAKAL DIBAIK PULIH