
KPM tambah slot TV Pendidikan menerusi program DidikTV@NTV7
KUALA LUMPUR, 27 Jan. – Bermula hari ini, Kementerian Pendidikan (KPM) akan menambah slot program TV Pendidikan dalam program DidikTV@NTV7, khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang akan menduduki peperiksaan, mulai 22 Februari ini.
KPM dalam satu kenyataan memaklumkan slot tambahan itu membabitkan sesi selama dua jam pada hari Isnin hingga Jumaat bermula dari 3 hingga 5 petang di saluran NTV7.
“KPM juga menambah lima jam waktu siaran di saluran yang sama pada hari Sabtu dan Ahad bermula dari 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 3 petang hingga 5 petang,” menurut KPM.
Penambahan slot ini menjadikan keseluruhan waktu siaran TV Pendidikan sebanyak 11 jam setiap hari yang disiarkan di saluran TV Okey, Astro Tutor TV dan DidikTV@NTV7.
KPM turut melahirkan keyakinan program TV Pendidikan yang disediakan itu dapat dimanfaatkan oleh pelajar, guru dan ibu bapa sebagai antara kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang berkesan.
Jadual rancangan boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan.
Views:
Related


Berita Lain
JIWA RAKYAT TOK AJAK
TELOK MAS 2 Julai - Di sebalik senyuman mesra dan sikap mudah didekati yang sering menjadi perhatian penduduk Telok Mas,...
TOK RAUF ‘SPONSOR’ KENDURIAN MELAKA, 2,000 PENGUNJUNG PERTAMA CUMA BAYAR RM10
AYER KEROH 2 Julai - Orang Melaka menjadi 2,000 pengunjung pertama hadir ke Festival Durian Melaka 'Kendurian' 2026 pada 5 Julai...
KEMBALI BERGERAK TANPA SAKIT DENGAN ENDOSKOPIK DISKEKTOMI
Oleh: Dr. Chan Kin Hup Pakar Bedah Saraf Oriental Melaka Straits Medical Centre MASALAH sakit belakang kini semakin membimbangkan dan...
WRUR SERKAM BIMBING BELIA JADI USAHAWAN BERJAYA
SERKAM 2 Julai - Usaha melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan belia terus diperkasakan menerusi Program Intervensi Belia Tidak Berpersatuan...
MELAKA MILIKI 29 TAPAK WARISAN GEOLOGI
TELOK MAS 1 Julai - Sebanyak 29 tapak warisan geologi yang dikenal pasti di seluruh negeri ini bakal menjadi produk...
INISIATIF MPJ KURANGKAN BIROKRASI PEMBANGUNAN TANAH RIZAB DAPAT PENGIKTIRAFAN
JASIN 1 Julai – Komitmen Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dalam memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta memperkasakan pembangunan komuniti membuahkan...
