
Presiden beri kata-kata semangat kepada pemain Melaka United
PAYA RUMPUT 17 Jun – Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali telah memberikan kata-kata semangat kepada pemain Melaka United dalam lawatannya ke Wisma Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), di sini semalam.
Menurut satu kenyataan di laman Facebook MUSA, Sulaiman yang juga Presiden MUSA dipetik berkata, beliau akan memastikan suntikan kewangan pasukan sentiasa mencukupi meski pun ekonomi dunia terkesan dengan penularan wabak Covid-19.
Selain itu, beliau turut menuntut warga MUSA khususnya para pemain untuk kekal bersama pasukan dan meletak sepenuh kepercayaan kepada pihak pengurusan.
“Beliau (Sulaiman) yakin segala kekangan kewangan yang dihadapi persatuan akan dapat diselesaikan sedikit masa lagi dan meminta para pemain untuk memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pihak MUSA,” kata kenyataan itu.
Dalam kunjungan itu, Sulaiman telah meluangkan masa selama 30 minit meninjau operasi persatuan serta bertemu para pemain, pegawai Melaka United serta warga kerja persatuan.
Turut hadir, Setiausaha Agung MUSA, Mohd Asri Ninggal dan Bendahari Kehormat MUSA, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri.
Views:
Related

Berita Lain
JIMAT RM50, TAPI DAPAT BELI MACAM-MACAM
PENGKALAN BATU 29 September - Kupon bernilai RM50 yang diagihkan kepada orang ramai bersempena Jualan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) amat...
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...

