KAMPUNG DIGITAL: PENGURUSAN RAKYAT MELAKA LEBIH TERARAH

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

GADEK 27 Ogos – Penganjuran Bengkel Hala Tuju Kampung Digital Melaka bakal menjadikan pengurusan masyarakat atau ‘social management’ di Melaka menjadi lebih terutus, terancang dan terarah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ketua Menteri berkata, bengkel berkenaan juga penting supaya inisiatif itu boleh dilaksanakan dengan lancar di peringkat agensi seperti Jabatan Agama Islam Melaka (MAIM), pejabat tanah dan daerah serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

“Bengkel ini berpaksikan kepada data maklumat yang kita dapat daripada perubahan kampung konvensional kepada Kampung Digital. Hasilnya dirumuskan dan kita akan buat lagi bengkel kedua mengikut jabatan supaya nanti apabila kita gabungkan, pelaksanaan Kampung Digital ini bukan sahaja kampung tradisional, tetapi semua premis.

“Pendigitalan premis ini termasuk sekolah dan kawasan industri,”  kata Ketua Menteri pada sidang media Majlis Perasmian Penutup Bengkel Penjajaran Hala Tuju Kampung Digital Melaka di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Exco Sains, Teknologi, Inivasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan; barisan Exco, Timbalan Exco Kerajaan Negeri dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Datuk Saiful Hazwa Kipli.

Ab Rauf berkata,  perkara itu bergantung kepada maklumat asas daripada perangkaan dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

“Jadi insya-Allah, Melaka akan terarah ke sebuah negeri terancang, mempunyai hala tuju dan mempunyai satu arah memajukan Melaka dalam keadaan yang jauh lebih tersusun,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

497
Kongsi :
Previous post LEBIH 30,000 DIJANGKA HADIR MELAKA BERSELAWAT
Next post MELAKA WUJUD ‘LEBUH RAYA DIGITAL’ PERTAMA NEGARA