STRATEGI TOK RAUF PERKASA PELANCONGAN TANJUNG BIDARA BERI IMPAK POSITIF KEPADA PENIAGA KECIL

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

TANJUNG BIDARA 16 Oktober – Strategi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memperkasakan semula sektor pelancongan Melaka bukan sahaja memberikan impak kepada semua pihak berkaitan industri itu semata-mata, malah kesannya turut dinikmati peniaga kecil.

Lebih menarik apabila strategi itu dirangka agar limpahan hasil daripada kerancakan sektor pelancongan turut dirasai rakyat di semua tiga daerah di negeri ini.

Peniaga makanan Siti Nurhurai Mohd Puat, 38, mengakui merasai kesan positif hasil daripada pelbagai inisiatif dan promosi dilaksanakan untuk menghidupkan semula Pantai Tanjung Bidara sebagai destinasi pelancongan pilihan utama.

Dia yang terkenal dengan jualan ‘kuih bantal’ berkata, antara yang memberikan impak kepada perniagaannya adalah penganjuran Pesta Pantai Tanjung Bidara.

“Alhamdulillah, kami juga mendapat tempias apabila berlangsungnya program besar di Pantai Tanjung Bidara. Perkara baik saya sokong kerana kesan yang dirasai adalah amat ketara.

“Idea Tok Rauf memang terbaik, sekarang pelanggan saya bukan hanya orang sekitar Masjid Tanah tetapi ada juga yang datang dari Negeri Sembilan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu Ketua Menteri singgah untuk bersarapan dan beramah mesra bersama penduduk kampung serta pelanggan di gerai diusahakan Siti Nurhurai di Kampung Tanjung Bidara, di sini, hari ini.

Selain beramah mesra dan bertanya khabar, Ab Rauf turut membantu menggoreng kuih bantal yang kemudian diagihkan kuih percuma kepada pelanggan yang hadir.

Sebagai peniaga Siti Nurhurai, berharap agar momentum memperkasakan sektor pelancongan khusus di Tanjung Biadara yang popular sebagai pusat peranginan suatu ketika dahulu diteruskan.

“Mungkin boleh teruskan program berunsurkan pelancongan untuk menggamit lebih ramai pengunjung ke Tanjung Bidara, apabila ramai yang datang peniaga kecil macam saya dapat faedah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

356
Kongsi :
Previous post JEREBU: MENARA TAMING SARI EDAR 1,000 PELITUP MUKA UNTUK PELAJAR
Next post DODOL DARI MERLIMAU BAWA RASA MELAKA KE SHANGHAI