KEHARMONIAN KAUM KUNCI KESTABILAN, KEMAJUAN MELAKA

Masa Membaca:57 Saat

KESIDANG 19 Oktober – Keharmonian masyarakat berbilang kaum di Melaka perlu terus dipertahankan bagi memastikan kestabilan negeri dan kelancaran ekonomi rakyat.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, keharmonian yang terjalin kukuh dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negeri ini membuktikan bahawa Melaka kini berada pada landasan yang amat baik dan harmoni.

“Saya melihat persaudaraan yang telah terjalin menunjukkan bahawa kita berada dalam keadaan yang cukup baik dan harmoni.

“Saya mentadbir Melaka dalam satu sifat setia kawan yang cukup baik sama ada untuk orang Melayu, Cina, India, Portugis mahupun Baba Nyonya yang mana kita sama-sama bangunkan serta majukan Melaka.

“Sekiranya negeri aman dan berada dalam keadaan baik, kita boleh berniaga dan melakukan kerja dengan baik selain saling hormat menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Beliauberkata demikian ketika menyantuni dan beramah mesra bersama masyarakat Tionghua di Tokong Pak Tiam Keong, di sini, semalam.

Sementara itu, Ab Rauf turut menegaskan dibawah pentadbirannya menolak sekeras-kerasnya amalan politik tidak sihat.

“Di bawah pimpinan saya, tiada politik jahat, tiada politik hasutan dan tiada politik kebencian. Kita sayang-menyayangi antara satu sama lain,” katanya.

Katanya Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

633
Kongsi :
Previous post POTENSI KAMPUNG 6 JADI DESTINASI PELANCONGAN MAKANAN
Next post PROGRAM MESRA LESEN REKOD 1,909 PERMOHONAN SEPANJANG 2026