BN PERLU PERBAIKI KELEMAHAN SENDIRI HADAPI PRN MELAKA – AHMAD ZAHID

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

JASIN 23 Oktober – Barisan Nasional (BN) perlu memperbaiki kelemahan dalaman dan memperkukuh penyusunan jentera bagi mengelakkan kesilapan lalu berulang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Presiden UMNO Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kekalahan BN sebelum ini bukan disebabkan kekuatan musuh politik, sebaliknya berpunca daripada kelemahan parti sendiri.

“Kekalahan kita di kerusi-kerusi yang terdahulu, bukan kerana musuh politik kita kuat, tetapi kerana kita lemah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional Peringkat Parlimen Jasin sempena PRN Melaka Ke-16 di Dewan MPJ Alamanda, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi BN Melaka yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Ketua UMNO Bahagian Jasin Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh dan Setiausaha Agung UMNO Malaysia Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin Datuk Azman Abdullah; Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin Datuk Siti Faizah Abd Azis.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, penyusunan jentera di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu diperkukuh bagi memastikan gerak kerja kempen berjalan teratur.

“Pengalaman kekalahan sebelum ini perlu dijadikan pengajaran supaya kesilapan sama tidak berulang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

155
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: AB RAUF ‘POSTER BOY’ UMNO-BN – AHMAD ZAHID
Next post BN SASAR KEMENANGAN LEBIH BESAR DI PANTAI KUNDOR