PRN MELAKA: VETERAN UMNO TIDAK DILUPAKAN, SEDIA BANTU BN

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

BUKIT KATIL 24 Oktober – Kira-kira 300 veteran UMNO dari enam bahagian di Melaka berhimpun bagi memperkukuh gerak kerja parti sekali gus membantu Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, perhimpunan itu menjadi platform menyampaikan amanat kepimpinan parti kepada golongan veteran supaya terus berganding bahu bagi memastikan kemenangan BN pada PRN kali ini.

“Kita menganggarkan hampir 300 orang, malah mungkin lebih, hadir pada program ini membabitkan veteran UMNO daripada keenam-enam bahagian seluruh Melaka.

“Malah Ketua Menteri turut menyampaikan amanat kepada veteran supaya terus bekerja selain membantu UMNO dan BN dalam menghadapi PRN yang bakal tiba tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Pelancaran Keluargaku Pengundi BN, Veteran UMNO Negeri Melaka yang disempurnakan Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Pejabat UMNO Hang Tuah Jaya, di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd Ridhwan berkata, kerjasama antara BN dan PAS dan rakan strategik disifatkan sebagai perkembangan positif yang mampu memperkukuh sokongan pengundi terhadap gabungan berkenaan pada PRN Melaka Ke-16.

“Kerjasama ini melambangkan penyatuan ummah yang sudah lama dinantikan masyarakat.

“Selain saya yakin kerjasama ini mampu membawa kemenangan besar kepada gabungan ini dan insya-Allah, Melaka akan kembali dengan mandat lebih besar serta lebih baik untuk BN bersama rakan strategiknya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

353
Kongsi :
Previous post SASAR 125,000 HUFFAZ PROFESIONAL MENJELANG 2050
Next post SEMANGAT ‘GELOMBANG BIRU’ GEGAR MITC