BN MELAKA TELAH LAKSANA SEMUA MANIFESTO 2021

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

AYER KEROH 24 Oktober – Barisan Nasional (BN) Melaka berjaya melaksanakan kesemua 103 inisiatir manifesto yang ditawarkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-15 pada tahun 2021 yang lalu.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 96 daripada 103 inisiatif itu telah diselesaikan, manakala baki tujuh lagi dilaksanakan sebahagiannya dan memerlukan tindakan susulan.

Menurut beliau, pencapaian itu membuktikan komitmen parti berkenaan dalam memastikan setiap janji yang digariskan dalam manifesto bukan sekadar perancangan, sebaliknya diterjemahkan kepada pelaksanaan.

β€œIni bermakna, tiada satu pun yang direkodkan sebagai belum dilaksanakan.

β€œInilah rekod yang kita bentangkan untuk dinilai oleh rakyat. Kita tidak mahu sekadar bercakap tentang apa yang pernah dijanjikan, tetapi kita berani menunjukkan apa yang telah dilaksanakan.

β€œKerana bagi saya, rakyat berhak mengetahui sejauh mana sesuatu janji telah ditunaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Pengenalan Calon Barisan Nasional Negeri Melaka yang disempurnakan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Utama Mohamad Hasan; Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan; Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Dr. Loga Bala Mon; Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir; Bendahari Agung Barisan Nasional Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta lain-lain kenamaan.

Ab Rauf berkata, rekod pelaksanaan manifesto itu menjadi asas kepada rakyat untuk menilai prestasi pentadbiran BN sepanjang penggal 2021 hingga 2026.

Beliau berkata, BN mahu memastikan setiap perancangan yang dibuat mempunyai hasil dan manfaat kepada rakyat, sekali gus membuktikan kesungguhan parti itu dalam melaksanakan tanggungjawab sepanjang diberi mandat mentadbir negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

330
Kongsi :
Previous post MELAKA BUKAN BUMI FITNAH – AB RAUF
Next post MELAKA SALUR RM90.55 JUTA UNTUK KEBAJIKAN RAKYAT, 42,521 TERIMA MANFAAT