KERJASAMA BIRU-HIJAU, LALUAN KE PUTRAJAYA SEMAKIN CERAH – ZAHID

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 24 Oktober – Kerjasama politik antara ‘biru’ dan ‘hijau’ yang saling membantu dalam pilihan raya dilihat mampu membuka laluan lebih cerah ke Putrajaya, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kerjasama itu memerlukan kedua-dua pihak saling menerima dan membantu, termasuk di kawasan yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

“Hijau menerima biru. Biru mesti menerima hijau. Di mana kita bertanding mereka akan bantu kita. Begitu juga di mana mereka bertanding, kita bantu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Pengenalan Calon Barisan Nasional Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Utama Mohamad Hasan; Pengerusi Barisan Nasional Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan; Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Dr. Loga Bala Mon; Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir; Bendahari Agung Barisan Nasional Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta lain-lain kenamaan.

Ahmad Zahid berkata, perkembangan politik semasa menuntut semua pihak memahami dinamika baharu dan menyesuaikan pendekatan bagi memastikan kerjasama dapat direalisasikan.

“Kalau direalisasikan, terowong ke Putrajaya semakin cerah. Ini dinamika politik. Menuntut kita menyesuaikan langkah dengan politik baharu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

364
Kongsi :
Previous post MELAKA SALUR RM90.55 JUTA UNTUK KEBAJIKAN RAKYAT, 42,521 TERIMA MANFAAT
Next post PRN MELAKA: ROSLI CALON BN DUN KUALA LINGGI