RM200,000 PERUNTUKAN DEEPAVALI UNTUK MASYARAKAT INDIA MASJID TANAH

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

LENDU 29 Oktober- Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM200,000 bagi meringankan beban 1,000 masyarakat India di Parlimen Masjid Tanah melakukan persiapan menyambut Deepavali pada 8 November ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, bantuan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka itu disalurkan mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan sumbangan sampai kepada penerima di peringkat akar umbi.

Katanya, inisiatif itu mencerminkan pelaksanaan gagasan Melaka Sayang Rakyat (MesRa) yang mengutamakan kebajikan masyarakat tanpa mengira kaum.

“Diharapkan sempena Deepavali ini, silaturahim antara kerajaan dan rakyat dapat dijalinkan menerusi bantuan disalurkan sehingga ke peringkat akar umbi tanpa mengira warna kulit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Deepavali Tahun 2026 Parlimen Masjid Tanah di Kompleks Japerun Lendu, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; penyandang kerusi DUN Taboh Naning Datuk Zulkiflee Mohd Zin; calon kerusi DUN Lendu Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid dan Pengarah JKM Melaka Halyjah Muhamad.

Ab Rauf berkata bantuan disampaikan itu bukanlah sesuatu yang baharu diwujudkan, namun menjadi sebahagian insiatif Kerajaan Negeri sejak beberapa tahun lalu.

“Saya yakin, semua sudah pun tahu bahawa inisiatif kebajikan dan sumbangan perayaan
telah menjadi sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

312
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: JANGAN BIAR BAHAN KEMPEN GANGGU PANDANGAN, ANCAM KESELAMATAN
Next post PRN MELAKA: BN PASTIKAN SEMUA KAUM ADA SUARA – AHMAD ZAHID