BANTUAN DEEPAVALI BUKAN GULA-GULA PRN – AB RAUF

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

LENDU 29 Oktober – Bantuan sempena sambutan Deepavali di Melaka tetap akan disalurkan kepada maysarakat India, meskipun bukan pada musim pilihan raya, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf.

Ab  berkata, penyaluran bantuan berkenaan merupakan dasar Kerajaan Negeri menerusi gagasan Melaka Sayang Rakyat (MesRa) dan tidak mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

“Apa yang kita berikan ini, kebetulan Deepavali jatuh dalam tempoh kempen pilihan raya. Kalau tidak jatuh dalam tempoh ini pun, tetap kita berikan juga sumbangan.

“Jadi, tidak ada kena-mengena, sama ada Deepavali atau pilihan raya. Ini adalah dasar Kerajaan negeri, untuk kita sampaikan bantuan kepada rakyat tidaknkira bila-bila masa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Deepavali Tahun 2026 Parlimen Masjid Tanah di Kompleks Japerun Lendu, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; penyandang kerusi DUN Taboh Naning Datuk Zulkiflee Mohd Zin; Calon BN DUN Lendu Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka Halyjah Muhamad.

Pada program itu seramai 1,000 masyarakat India dalam Parlimen Masjid Tanah menerima bantuan keseluruhan berjumlah RM200,000 sempena sambutan Deepavali pada 8 November ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

376
Kongsi :
Previous post FELCRA AGIH KEUNTUNGAN RM190.6 JUTA, NAIK 50.2 PERATUS
Next post FELCRA TANGGUNG YURAN PENGAJIAN ANAK PESERTA CEMERLANG – TPM