TOK RAUF TERHARU JUALAN MURAH DAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA ORANG MASJID TANAH

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

MASJID TANAH 30 Oktober – Lebih 3,000 penduduk sekitar Masjid Tanah sanggup beratur untuk membeli ayam ditawarkan pada harga RM5 seekor bersempena Program Jualan BN Sayang Rakyat di Pasar Awam Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif itu adalah antara usaha berterusan yang dilaksanakan bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat khusus dalam Parlimen Masjid Tanah.

Katanya, selain 12,500 ekor ayam program sama turut menawarkan barangan basah lain seperti ikan, sayur-sayuran, santan kelapa dan daging segar pada harga amat munasabah.

“Saya amat terharu apabila dimaklumkan ada yang mula beratur selepas subuh lagi dan sekarang sudah jam 9 pagi, namun masih ramai yang beratur untuk mendapatkan kupon kerana tidak mahu melepaskan peluang membeli barangan basah pada harga yang murah.

“Semua ini menterjemahkan keprihatinan kita dalam meringankan beban dan terus berkhidmat kepada rakyat,” kata Ketua Menteri.

Menurutnya, bagi meraikan pengunjung yang hadir, sarapan pagi percuma juga disediakan di gerai yang terletak berhampiran dengan Pasar Awam Masjid Tanah.

Hadir sama Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning Datuk Zulkiflee Mohd Zin; calon BN  DUN Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah dan calon BN DUN Lendu Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

364
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: 189 BORANG CALON DIBELI, 45 SUDAH BAYAR DEPOSIT – SPR
Next post BARU 16 TAHUN SUDAH CIPTA REKOD, LI REN IDAM HADIAHKAN EMAS UNTUK NEGARA