‘TOK AJAK’ CAKNA KESELESAAN RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

TELOK MAS 6 November – Keprihatinan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman terhadap keperluan penduduk diterjemahkan menerusi usaha mendapatkan peruntukan bagi menaik taraf Balai Raya Tanjung Nibong.

Pengerusi Balai Raya Tanjung Nibong, Ramlan Saleh berkata, kemudahan itu sebelum ini mengalami kerosakan pada bahagian pagar dan susulan itu Abdul Razak mengusahakan peruntukan untuk melaksanakan baik pulih.

“Alhamdulillah selepas diluluskan dan dilakukan kerja-kerja baik pulih serta naik taraf pagar termasuk longkang bahagian luar, projek ini siap sepenuhnya pada penghujung September lalu.

“Usaha dilakukan Abdul Razak adalah bukti keprihatinan beliau terhadap penduduk kerana balai raya ini sering digunakan bagi melaksanakan aktiviti penduduk sekitar,” katanya.

Ramlan berkata demikian ketika ditemui selepas Program Jiwa Murni MADANI Kementerian Pertahanan – Penyerahan Projek Di Telok Mas, yang disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di Balai Raya Tanjung Nibong, pada Rabu.

Hadir sama, penyandang DUN Telok Mas Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Khairul Azmizal b Ahmad Natal.

Menurutnya, dia melihat banyak perubahan positif berlaku diDUN Telok Mas sejak Abdul Razak menjadi wakil rakyat, khususnya membabitkan penambahbaikan kemudahan awam.

“Usaha menaik taraf balai raya tidak hanya tertumpu kepada Tanjung Nibong tetapi di balai raya lain sekitar DUN Telok Mas apabila turut menerima penambahbaikan.

“Keadaan ini membuktikan keprihatinan Abdul Razak terhadap keperluan masyarakat setempat, selain memastikan kemudahan awam yang disediakan dapat dimanfaatkan dengan baik oleh penduduk,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

306
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA : PENYELESAIAN ISUΒ BANJIR KILAT, PENYELENGGARAAN LONGKANG JADI KEUTAMAAN RIDZUAN
Next post PRN MELAKA: ANAK MUDA MAHU KECEMERLANGAN PENTADBIRAN AB RAUF DITERUSKAN