27 PENIAGA MEDAN SELERA SAMUDERA NIKMATI SEWAAN PERCUMA DUA BULAN

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

BANDAR HILIR 6 November – Seramai 27 peniaga di Medan Selera Samudera, Banda Hilir menerima manfaat pengecualian bayaran sewaan selama dua bulan membabitkan implikasi kewangan kira-kira RM18,000 menerusi inisiatif Persatuan Penjaja Peniaga Pengusaha Kecil Melayu (PPPPK) Cawangan Melaka Bandar.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, inisiatif berkenaan merupakan usaha persatuan itu dalam membantu meringankan beban kewangan peniaga menerusi hasil yang dijana daripada penganjuran Uptown Samudera.

Menurutnya, hasil kutipan sewaan tapak niaga Uptown Samudera yang beroperasi pada hujung minggu disalurkan semula bagi membiayai sewaan premis peniaga Medan Selera Samudera selama dua bulan.

“Ini merupakan inisiatif persatuan. Hasil daripada kutipan sewaan Uptown Samudera pada hujung minggu, mereka salurkan semula kepada kebajikan peniaga dengan membiayai dua bulan sewaan secara percuma dan MBMB menyambut baik inisiatif ini.

“Saya mengucapkan syabas kepada pihak persatuan kerana menjaga kebajikan peniaga dengan baik,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Penyampaian Insentif One-Off Sewaan Premis di Surau Medan Selera Samudera, di sini, semalam.

Beliau berkata, MBMB sebelum ini memberi ruang kepada persatuan berkenaan untuk menganjurkan Uptown Samudera sebagai platform menjana pendapatan menerusi kutipan sewaan tapak niaga.

“Ini kerana golongan peniaga turut memainkan peranan penting dalam merancakkan aktiviti ekonomi setempat dan menarik kehadiran pelancong ke Melaka,” katanya.

Mengulas kemungkinan inisiatif seumpama itu diteruskan, Shadan berkata, pelaksanaannya bergantung kepada keputusan serta kemampuan pihak persatuan, namun MBMB sentiasa mengalu-alukan usaha yang memberi manfaat kepada komuniti peniaga.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

267
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: ‘TIGA TAHUN KITA MEMANG SELARI’ – RAIS
Next post RAIS TERBAIK, PRIHATIN MASALAH RAKYAT’ – PENDUDUK