PRN MELAKA: SELESAI RIBUAN ADUAN RAKYAT BUKTI KEBERKESANAN PENTADBIRAN MELAKA DI BAWAH BN

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

SERKAM 10 November – Sebanyak 3,785 daripada 5,700 aduan rakyat berjaya diselesaikan menerusi pelbagai saluran penyampaian perkhidmatan Kerajaan Negeri Melaka, sekali gus mencerminkan komitmen pentadbiran negeri di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam menangani permasalahan masyarakat.

Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pencapaian itu membuktikan pendekatan turun padang dan interaksi secara langsung dengan rakyat mampu membantu mempercepatkan tindakan terhadap aduan yang dikemukakan.

Menurutnya, pelaksanaan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadi antara platform penting bagi membolehkan masyarakat menyampaikan aduan dan mendapatkan perhatian terus daripada kepimpinan Kerajaan Negeri.

“Tidak cukup dengan itu, Ketua Menteri mengarahkan Exco membuka meja pada setiap hari Rabu untuk program Hari Exco Bersama Rakyat (HEBAT), malah 96 peratus daripada masalah yang dibawa berjaya diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ceramah Gelombang Biru di Balai Islam Serkam Darat, di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary dan calon BN bagi DUN Serkam, Datuk Azman Abdullah.

Dalam pada itu, Shaiful Hazizy berkata, pendekatan berkenaan memberi ruang kepada rakyat untuk berhubung secara langsung dengan pemimpin bagi memastikan isu di kawasan masing-masing mendapat perhatian.

Katanya, rekod penyampaian perkhidmatan itu wajar menjadi antara pertimbangan rakyat dalam memilih calon pemimpin yang menentukan hala tuju Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 14 November ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

106
Kongsi :
Previous post TAK PERLU ROMBAK KABINET, LEBIH BAIK BUBAR PARLIMEN – AHMAD ZAHID
Next post NAJIB DIPERINTAH JALANI BAKI HUKUMAN PENJARA KES SRC DI RUMAH