PRN MELAKA: TOK RAUF INGATKAN PENGUNDI NILAI KEMATANGAN CALON

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

KUALA LINGGI 10 November – Pengalaman dan kematangan menjadi antara ciri penting yang perlu dinilai pengundi dalam memilih wakil rakyat berupaya mengurus masyarakat pelbagai peringkat usia.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh berkata, penyertaan golongan muda dalam pilihan raya bukan sesuatu yang perlu dilihat sebagai persaingan, sebaliknya peluang untuk mereka menimba pengalaman.

Bagaimanapun, katanya tugas mengurus masyarakat memerlukan individu yang mempunyai kematangan serta pengalaman dalam memahami pelbagai permasalahan penduduk.

“Orang muda tidak tahu masalah orang tua. Jadi, mereka yang sudah matang lebih memahami bagaimana hendak mengurus bukan sahaja warga emas, malah sehingga ke peringkat orang muda.

“Jangan tersilap pilih kerana nanti susah untuk diperbetulkan,” katanya kepada pemberita selepas Lawatan ke DUN Kuala Linggi di Bilik Gerakan DUN Kuala Linggi, di sini, hari ini.

Hadir sama calon BN N.01 DUN Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah.

WhatsApp Image 2026 11 10 at 6.17.57 PM
SEBAHAGIAN jentera BN DUN Kuala Linggi yang hadir pada Lawatan ke DUN Kuala Linggi di Bilik Gerakan DUN Kuala Linggi.

Beliau berkata, setiap undi yang diberikan perlu dilihat sebagai amanah besar dalam menentukan hala tuju kepimpinan negeri demi kepentingan generasi akan datang.

“Pemilihan ini biarlah kita melihat tangan-tangan yang memberikan undi itu ialah membina sebuah jambatan untuk generasi masa depan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

332
Kongsi :
Previous post HORMATI PENGAMPUNAN NAJIB, JANGAN ADA TAKTIK MELENGAHKAN – AHMAD ZAHID