500 JEMAAH SERTAI MAJLIS BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT PERINGKAT DUN TANJUNG BIDARA 

Masa Membaca:36 Saat

TANJUNG BIDARA 13 November – Kira-kira 500 jemaah hadir bagi bersama-sama mengimarahkan Majlis Bacaan Yasin Dan Solat Hajat Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara di Villa D’Acqua, Kampung Pulau, Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Majlis diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh bersama isteri Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Abd Aziz.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan Dr. Ustaz Ahmad Alyamani sebelum disusuli bacaan Yasin.

Usai bacaan Yasin, Dr. Ustaz Ahmad kemudian menyampaikan tazkirah ringkas berhubung manfaat berzikir dan berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Seterusnya tetamu yang hadir menunaikan solat Isyak berjemaah dan majlis disudahi dengan jamuan makan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

98
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: ‘YANG KIRI BOLEH BAGI JANJI, YANG KANAN BOLEH BAGI BUKTI’ – HELMY
Next post PRN MELAKA: CIKGU MUSTAFA SERU ANAK PERANTAU PULANG UNDI BIRU