PRN MELAKA: ‘YANG KIRI BOLEH BAGI JANJI, YANG KANAN BOLEH BAGI BUKTI’ – HELMY

Masa Membaca:51 Saat

DUYONG 13 November – ‘Yang kiri boleh bagi janji, yang kanan boleh bagi bukti’ menjadi mesej calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem kepada pengundi menjelang hari pengundian esok.

Menggunakan analogi dua persimpangan, calon nombor 2 itu menggambarkan pilihan yang perlu dibuat penduduk Duyong dalam menentukan wakil rakyat yang mampu memberikan khidmat terbaik kepada mereka.

“Bila keluar rumah, ada dua persimpangan. Yang kiri boleh bagi janji, yang kanan boleh bagi bukti,” katanya ketika berucap di Bilik Gerakan BN Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Gedong, di sini, hari ini.

Menerusi analogi itu, Helmy menekankan bahawa rekod khidmat dan usaha yang telah dilaksanakan sepanjang memegang amanah sebagai wakil rakyat perlu menjadi pertimbangan pengundi, berbanding sekadar janji yang dikemukakan ketika kempen pilihan raya.

Beliau turut menegaskan bahawa keutamaan sepanjang memegang tanggungjawab sebagai wakil rakyat adalah untuk terus menjaga kebajikan penduduk Duyong.

“Dalam kepala, memang keutamaan saya orang Duyong dan tetap orang Duyong,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

146
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: MISI BAWA KELUAR PENGUNDI PUTIH, RAIS TIDAK MAHU JENTERA ALPA