KEMBALI DENGAN MANDAT, AKMAL TERUS SANTUNI ADUAN RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

MERLIMAU 17 November – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh tidak menunggu lama untuk menyambung khidmat beliau kepada rakyat apabila membuka operasi Kompleks Japerun Merlimau, pada malam Ahad.

Dalam tempoh hampir empat hampir empat jam iaitu dari 9 malam hingga 12,45 tengah malam beliau merekodkan 40 aduan melibatkan masalah peribadi, isu umum dan aduan berkaitan masalah kesihatan.

Menurutnya, pembukaan Japerun itu menjadi langkah awal untuk memastikan setiap permasalahan penduduk dapat diberikan perhatian dan tindakan sewajarnya selepas beliau sekali lagi diberikan mandat oleh penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, Sabtu lalu.

Dr. Muhamad Akmal berjanji, beliau bersama kakitangan jeperun akan berusaha sebaik mungkin bagi membantu penduduk dalam menyelesaikan urusan serta permasalahan yang dibangkitkan tanpa mengira jenis aduan.

Katanya, khidmat kepada masyarakat akan terus menjadi keutamaan bagi memastikan penduduk mendapat saluran untuk menyuarakan masalah dan mendapatkan bantuan yang diperlukan.

“Insya-Allah kita akan bantu sehabis upaya kita untuk memudahkan urusan orang kampung. Anak kampung untuk orang kampung,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya.

Pada PRN Melaka Ke-16, Dr. Muhamad Akmal berjaya mempertahankan kerusi DUN Merlimau dengan memperoleh 11,703 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Rahayu Hamzah yang mendapat 2,979 undi.

Kemenangan itu menyaksikan beliau memperoleh majoriti 8,724 undi, meningkat berbanding 3,248 undi pada PRN Melaka 2021.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

95
Kongsi :
Previous post MUTIARA: MAIM RAI KEJAYAAN ANAK YATIM, ASNAF
Next post WAKIL BN-PN ADA DALAM BARISAN EXCO MELAKA – AB RAUF