
MUTIARA: MAIM RAI KEJAYAAN ANAK YATIM, ASNAF
BANDARAYA MELAKA 17 November – Kejayaan anak-anak asnaf dan yatim dalam bidang akademik serta pembentukan sahsiah terus diberi pengiktirafan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi penganjuran Majlis Apresiasi Usaha dan Transformasi Rumah Anak Yatim MAIM 2026 (MUTIARA).
Program itu menjadi platform untuk meraikan pencapaian penghuni institusi kebajikan di bawah pengurusan MAIM, selain memberi ruang kepada mereka menonjolkan bakat, potensi dan kejayaan dalam bidang pendidikan serta pembangunan sahsiah diri.
Antara institusi yang diberi perhatian ialah Rumah Anak Yatim Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (RAYSS) dan Kompleks Anak Yatim Miskin Fatimah Al Zaharah (KAYFAZ), yang masing-masing menyediakan persekitaran penjagaan dan bimbingan bagi memastikan kebajikan anak-anak di bawah seliaan MAIM terus terpelihara.
Penganjuran MUTIARA yang diadakan setiap tahun itu turut menjadi pengiktirafan terhadap usaha serta kesungguhan anak-anak berkenaan dalam membina masa depan lebih baik, selain menyuntik motivasi untuk mereka terus berusaha mencapai kejayaan.
Kejayaan tersebut juga didorong oleh pengurusan asrama yang teratur dan sistematik, termasuk pelaksanaan rutin harian berdisiplin serta jadual pembelajaran yang konsisten bagi membantu penghuni memberi tumpuan kepada pelajaran.
Selain pendidikan, sokongan emosi, kasih sayang dan bimbingan daripada penjaga serta guru yang berperanan sebagai pengganti ibu bapa turut menjadi elemen penting dalam membentuk keyakinan diri dan keupayaan mereka menghadapi cabaran kehidupan.
Majlis MUTIARA berkenaan dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Salhah Salleh dan turut dihadiri Pengurus RAYSS, Datuk Wira Yaakub Md Amin serta Ahli Lembaga Pengurusan RAYSS merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk Dr. Mustafa Musa.
SENARAI PENERIMA ANUGERAH MUTIARA 2026
1. KOMPLEKS ANAK YATIM/MISKIN FATIMAH AL ZAHARAH (KAYFAZ)
-
Anugerah Pencapaian Akademik Sekolah Rendah – Amirah Batrisya binti Abdu Alim
-
Anugerah Pencapaian Akademik Sekolah Menengah – Aminah Chin binti Hassan Chin
-
Anugerah Sukan Kokurikulum Cemerlang Sekolah Rendah – Nor Shafinaafissha binti Muhammad Shafiq
-
Anugerah Kokurikulum Cemerlang Sekolah Menengah – Rabiatul Adawiyah binti Muhammad Nizam
-
Anugerah Sahsiah Terbaik – Ainul Mardhiah binti Mohd Suhaimi
-
Anugerah Kerohanian – Nurfaradilah binti Darwis
-
Anugerah Kreativiti dan Inovasi – Nuradriana Afzhan binti Afhanizam
-
Anugerah Ikon Personaliti – Nurul Husna binti Mohd Suhaimi
-
Anugerah Jasa Bakti – Nur Adriana Afzhan binti Afhanizam
-
Anugerah Prestasi Unggul – Syadiyah Insyirah binti Saiful Adlan
-
Anugerah Kepimpinan Terbaik – Nur Fatin Dania binti Ridzuan
-
Anugerah Ikon Pelajar Cemerlang 2026 – Nur Adriana Afzhan binti Afhanizam
-
Anugerah Ikon Penjaga 2026 – Puan Kasma binti Abd Rahman (penjaga Nur Aira binti Md Taib)
-
Anugerah Dorm Terbaik 2026 – Dorm Ummi Khalthum
-
Anugerah Khas PTPTN – Nur Khayra Khalyssan binti Abdullah dan Nur Syafiqah Arifah binti Azhar
2. RUMAH ANAK YATIM SULTAN SALEHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL-HAJ (RAYSS)
-
Anugerah Pencapaian Akademik Sekolah Rendah – Muhanmad Amsyar Da’iman bin Harisi
-
Anugerah Pencapaian Akademik Sekolah Menengah – Muhammad Rizky Iqbal bin Abdullah
-
Anugerah Sukan Kokurikulum Cemerlang Sekolah Rendah – Muammar Baihaqi bin Sobri
-
Anugerah Sukan Kokurikulum Cemerlang Sekolah Menengah – Muhammad Rizky Iqbal bin Abdullah
-
Anugerah Sahsiah Terbaik – Muhammad Dennis Daniel bin Abdullah
-
Anugerah Imam Muda – Muammar Baihaqi bin Sobri
-
Anugerah Kepimpinan Terbaik – Muhammad Dennis Daniel bin Abdullah
-
Anugerah Jasa Bakti – Muhammad Hafizuddin bin Mohd Saliheen
-
Anugerah Bersih, Menarik dan Wangi (BMW) – Muhammad Amir Hakim bin Mohd Rafi
-
Anugerah Mentor Mentee – Muhammad Dennis Daniel bin Abdullah (mentee) dan Mohd Hambali bin Ab. Hamid (mentor)
-
Anugerah Celik Kewangan – Haiwal Shamien bin Hairmi
-
Anugerah Ikon Pelajar Cemerlang 2026 – Muhammad Dennis Daniel bin Abdullah
-
Anugerah Ikon Penjaga 2026 – Puan Nor Azizah binti Atan (penjaga Haziq bin Halid)
-
Anugerah Dorm Terbaik 2026 – Dorm Syafie
-
Anugerah Cemerlang Hafazan – Muhammad Aryan Nadeem bin Mohd Nasrul Naim
-
Anugerah Bilal Muda – Muhammad Nazhan Ar Rayyan bin Abdullah
-
Anugerah Budi Bestari – Muhammad Aizad Qalif bin Saiful Azlan
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

