
Warga emas maut kemalangan.
LENDU 24 Feb. – Seorang warga emas maut selepas dirempuh sebuah motosikal dalam kejadian di Jalan Lendu berhadapan Taman Intekma Lendu, di sini, petang semalam.
Mangsa Johari Kassim, 64, mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Alor Gajah.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, dalam kejadian 6.15 petang itu, mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 sedang dalam perjalanan menuju ke arah Lendu dari rumahnya di Taman Intekma Lendu.
Katanya, ketika membelok keluar dari simpang taman perumahan itu, mangsa telah dirempuh sebuah lagi motosikal yang ditunggangi graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, berusia 26 tahun dari arah Alor Gajah.
“Hasil siasatan mendapati penunggang berusia 26 tahun dari arah Alor Gajah itu tidak sempat mengelak dan membrek apabila mangsa keluar dari simpang taman berkenaan dan telah melanggar bahagian belakang motosikal ditunggangi mangsa.
“Akibat rempuhan, kedua-duanya mengalami kecederaan di bahagian muka dan kepala dan telah dihantar ke Hospital Alor Gajah, bagaimanapun penunggang Honda EX5 telah meninggal dunia semasa menerima rawatan kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan.
Arshad berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 3,000 MERIAHKAN ‘KENDURIAN’ PARLIMEN MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 6 Julai - Kenduri durian atau 'kendurian' berlangsung di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Masjid Tanah,...
MELAKA RANCANG LALUAN BAHARU, TINGKAT KECEKAPAN JARINGAN LOGISTIK
TABOH NANING 6 Julai - Kerajaan Negeri merancang membina jaringan jalan baharu yang menghubungkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) ke...
WRUR SUNGAI RAMBAI: RM300,000 NAIK TARAF JETI NELAYAN DARAT
SUNGAI RAMBAI 6 Julai - Komuniti nelayan di Sungai Rambai bakal menikmati kemudahan infrastruktur lebih selesa apabila sebuah jeti nelayan...
KEBERSIHAN PASAR AWAM MELAKA MEMUASKAN
BANDA HILIR 6 Jun - Kempen Membasmi Infestasi Tikus 2026 antara usaha berterusan dilaksanakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri...
MIP JADIKAN MELAKA SEBAGAI HAB LOGISTIK STRATEGIK KORIDOR SELATAN
GADEK 6 Julai - Pembangunan Melaka Inland Port atau Pelabuhan Darat Melaka (MIP) dijangka mengubah landskap dan meletakkan Melaka sebagai...
‘DEMI TELOK MAS’ PEGANGAN BERKHIDMAT SEPENUH HATI
TELOK MAS 6 Julai – 'Demi Telok Mas' bukan sekadar slogan, sebaliknya menjadi pegangan dan prinsip yang mendasari setiap usaha...
