
Agong, permaisuri zahir ucapan selamat meraikan Chap Goh Meh
KUALA LUMPUR 26 Feb. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat meraikan Chap Goh Meh kepada mereka yang menyambut pesta tanglung itu.
Seri Paduka berdua turut mendoakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan kedamaian kepada semua.
Ucapan itu dikongsikan menerusi sebuah poster berwarna-warni dalam laman Facebook rasmi Istana Negara hari ini.
Chap Goh Meh yang juga dikenali sebagai ‘Yuan Xiao Jie’ adalah istilah Hokkien untuk malam ke-15 sambutan Tahun Baru Cina, satu festival penting yang menandakan berakhirnya perayaan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAJORITI TERTINGGI BUKAN UNTUK BERMEGAH – RAIS
SERI NEGERI 17 November – Kemenangan dengan majoriti tertinggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 bukan untuk dibanggakan, sebaliknya...
PENJAWAT AWAM PEMACU AGENDA KERAJAAN – AB RAUF
SERI NEGERI 17 November - Penjawat awam Melaka perlu memastikan setiap perancangan Kerajaan Negeri dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan seterusnya mencapai...
PAIP, JALAN DAN SALIRAN JADI KEUTAMAAN 100 HARI RIDZUAN DI BUKIT KATIL
SERI NEGERI 17 November - Penyelenggaraan paip, jalan raya dan sistem perparitan antara keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit...
AB RAUF SASAR TUNAI JANJI MANIFESTO MENGIKUT MASA DITETAPKAN
SERI NEGERI 17 November - Enam teras dan 113 inisiatif manifesto yang dijanjikan kepada rakyat akan dilaksanakan mengikut tempoh masa...
AB RAUF MAHU WAKIL RAKYAT TURUN PADANG, BUKAN DUDUK DI PEJABAT
SERI NEGERI 17 November – Setiap wakil rakyat di Melaka perlu mempunyai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi memastikan amanah diberikan...
WAKIL BN-PN ADA DALAM BARISAN EXCO MELAKA – AB RAUF
SERI NEGERI 17 November – Wakil parti politik dalam gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan dilantik dalam...
