
Pusat beli-belah Melaka ‘lengang’
BANDA HILIR 16 Mei – Langkah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 12 Mei lalu ternyata memberi impak kepada negeri ini.
Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) di pusat beli-belah di sekitar Banda Hilir mendapati suasana agak lengang berbanding sebelum ini yang sentiasa jadi perhatian pengunjung.

Premis perniagaan yang kebiasaannya dipenuhi pelanggan kini sepi dan hanya kelihatan segelintir orang awam yang berkunjung.
Sehingga jam 12 tengah hari sebentar tadi, suasana pusat beli-belah di sini kekal lengang.

Sebelum ini kerajaan telah memutuskan untuk mengambil langkah-langkah yang lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak pandemik COVID-19Β dalam masyarakat.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tarikh kuat kuasa PKP 3.0 bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun 2021.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MOOD MERDEKA BERMULA DARI PINTU GERBANG, MPHTJ HIAS LALUAN MASUK KE MELAKA
AYER KEROH 15 Ogos - Aspek kebersihan dan landskap sepanjang laluan masuk ke Melaka diberikan perhatian oleh Majlis Perbandaran Hang...
LPM TERIMA LEBIH 200 PERMOHONAN BAGI PROGRAM MELAKA RUMAHKU
AYER KEROH 15 Ogos - Lebih 200 permohonan diterima Lembaga Perumahan Melaka (LPM) membabitkan bina baru dan baik pulih kediaman...
PERZIM AJAK RAKYAT MALAYSIA HAYATI ERTI KEMERDEKAAN
AYER KEROH 15 Ogos - Bagi membangkitkan semangat cintakan negara dan patriotisme Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengatur pelbagai pengisian serta...
KEJOHANAN EMPAT PENJURU, MEDAN MELAKA FC UJI KESERASIAN PEMAIN
BANDA HILIR 14 Ogos - Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 menjadi medan penting buat Melaka FC...
MAIM BAIK PULIH LIMA PREMIS TERBIAR DALAM KAWASAN TAPAK WARISAN
AYER KEROH 14 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengambil tindakan segera dengan memberi nafas baharu kepada lima premis...
MELAKA FC ANJUR KEJOHANAN EMPAT PENJURU SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG DI-PERTUA NEGERIΒ
BANDA HILIR 14 Ogos - Melaka FC menyasarkan penganjuran The Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 sebagai acara...


