
PKPD Lubok Redan libatkan 151 kediaman
MASJID TANAH 16 Mei – Sebanyak 151 rumah kediaman terlibat dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Lubok Redan, di sini.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Arshad Abu berkata, PKPD Lubok Redan melibatkan 531 orang penduduk yang menetap dalam kawasan itu.
“Dalam pelaksanaan PKPD Lubok Redan, sebanyak lapan lokasi jalan tikus dikesan yang berpotensi dijadikan laluan bagi mengelakkan sekatan.
“Di lokasi ini, pihak polis dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), telah meletakkan batu penghadang di lokasi jalan tikus yang dijejaki,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Dalam pada itu, Arshad turut menasihatkan dan meminta kerjasama penduduk serta pengguna jalan raya utama di kawasan Lubok Redan agar terus bersabar dan mematuhi setiap arahan pihak berkuasa.
“Bilik gerakan operasi di Balai Raya Kampung Ujong Padang yang beroperasi 24 jam menempatkan pegawai dari pelbagai operasi, bersedia membantu dalam apa juga bentuk bantuan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
91.94 PERATUS RAKYAT MELAKA BERPUAS HATI DENGAN KUALITI PERKHIDMATAN AWAM
BANDA HILIR 30 Jun – Tahap kepuasan rakyat terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam di Melaka pada 2025 amat membanggakan apabila...
KARNIVAL MADANI SEMAI PERPADUAN SEJAK DI BANGKU SEKOLAH
KESIDANG 30 Jun – Usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda terus diperkasakan menerusi penganjuran Karnival Madani, program yang...
PLATFORM WRUR PERKASA PENYELESAIAN ISU RAKYAT
SERKAM 30 Jun - Lebih 50 aduan diterima pada Hari Aduan Rakyat sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
WRUR SERKAM: LEBIH 100 ADUAN RAKYAT AKAN DISELESAIKAN
SERKAM 30 Jun - Sebanyak 53 aduan diterima pada Hari Aduan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam bersempena Program Wakil...
BOMBA BUKA 560 KEKOSONGAN JAWATAN
PAYA RUMPUT 29 Jun - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini dalam proses membuka perjawatan baharu bagi mengisi kira-kira...
SOKONGAN MAIM BELA KEHIDUPAN ASNAF MUALAF
AYER MOLEK 29 Jun - Sokongan berterusan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terbukti menjadi talian hayat penting bagi golongan...

