
Hotel Ames & MetraSquare dibenar beroperasi mulai esok
AYER KEROH 16 Mei – Hotel Ames dan Hotel MetraSquare akan kembali memulakan operasinya bermula esok, menurut kenyataan rasmi hotel tersebut, sebentar tadi.
Rentetan arahan penutupan sementara berkuat kuasa 8 hingga 16 Mei susulan 11 kakitangan pejabat pentadbirannya dikesan positif COVID-19 sebelum ini, pihak hotel tersebut memberitahu kedua-dua hotel tersebut telah disanitasi tiga kali sehari pada sepanjang tempoh penutupan itu.
“Sepanjang tempoh sembilan hari penutupan sementara itu, kami telah melengkapkan proses sanitasi seluruh kawasan hotel kami dan melakukannya minimum tiga kali sehari.
“Alhamdulillah dipermudahkan perjalanan kami di AMES Hotel dan Hotel Metrasquare di mana kebenaran bagi memulakan operasi kedua-dua hotel telah diluluskan bermula pada 17 Mei 2021 (esok).
“Malah, kesemua staf kami telah menjalani ‘swab test’ dan syukur kesemua mereka capai keputusan negatif, manakala 11 staf kami yang positif COVID-19 sebelum ini, kini dilaporkan semakin pulih, dan telah menjalani tempoh kuarantin yang ditetapkan,” jelas kenyataan tersebut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PELANCONGAN MELAKA JADI PERHATIAN DI DUBAI
AYER KEROH 2 Mei - Sektor pelancongan Melaka terus mendapat perhatian dunia apabila dipromosikan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE)....
BOMBA SELAMATKAN SUAMI ISTERI SESAT DI ‘JALAN PELIK’
ALOR GAJAH 2 Mei - Perjalanan menuju ke lokasi untuk perkhidmatan berinai menggunakan aplikasi Google Maps bertukar menjadi mimpi negeri...
TAPEM BANTU PELAJAR TAHFIZ MELAKA DUDUKI SPM
KUALA LINGGI 2 Mei - Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) membantu pelajar tahfiz menggengam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi...
MPJ ADAKAN OPERASI KAWALAN GANGGUAN LALAT BERSEPADU
JASIN 2 Mei - Sebuah ladang ternakan ayam di sini yang beroperasi tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan telah...
BUANG SAMPAH DI KAWASAN AWAM, PUSAT HIBURAN DIBERI NOTIS
AYER KEROH 2 Mei - Sebuah premis pusat hiburan di kawasan Melaka Raya telah dikenakan tindakan selepas dipercayai membuang sampah...
MPAG TAWAR DISKAUN 50 PERATUS TUNGGAKAN KOMPAUN
ALOR GAJAH 2 Mei - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menawarkan diskaun 50 peratus bagi pengurangan tunggakan kompaun bersempena Sambutan...