
Ancaman Israel: Malaysia pandang serius, tidak gentar
KUALA LUMPUR, 16 Mei – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius ancaman keselamatan yang dikeluarkan Israel terhadap pemimpin-pemimpin pergerakan perjuangan Palestin di seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata sehubungan itu, pasukan Polis Diraja Malaysia bersama agensi-agensi keselamatan lain bertindak meningkatkan semua aspek kawalan keselamatan bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan rakyat Malaysia termasuk warga Palestin yang berada di dalam negara ini.
Beliau berkata dalam masa sama, KDN mengambil maklum kewujudan organisasi yang mendukung dan menyokong aspirasi perjuangan rakyat Palestin di negara ini.
“Justeru, saya menyeru orang ramai untuk bertenang kerana keadaan keselamatan dalam negara adalah terkawal dan kekal berada di tahap yang baik.
Kerajaan Malaysia sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk terus menyokong aspirasi dan perjuangan rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
INVEST MELAKA LANCAR LAMAN SESAWANG BAHARU LEBIH INTERAKTIF
BANDA HILIR 7 Disember – Invest Melaka Berhad melancarkan laman sesawang baharu menyediakan maklumat lebih lengkap dan terkini berkaitan pembangunan...
PPSPM TAWAR DISKAUN 10 PERATUS SEMPENA RXZ MEMBERS RIDE EDITION MELAKA 3.0
KLEBANG 7 Disember - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan diskaun tiket sebanyak 10 peratus khas buat peserta...
MBMB PBT PERTAMA DI MELAKA MILIKI ABMS
BUKIT KATIL 7 Disember - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Melaka yang memiliki...
WRUR BUKAN PROGRAM RETORIK POLITIK – ADLY
BUKIT KATIL 7 Disember - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil bukanlah program retorik...
MBMB TELITI BANTUAN TAMBAHAN MANGSA INSIDEN POKOK TUMBANG
BUKIT KATIL 7 Disember - Kerajaan Negeri mengarahkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menjalankan siasatan terperinci serta memastikan semua pokok...
WRUR BUKIT KATIL PENANDA ARAS ‘DEMI RAKYAT UNTUK RAKYAT’
BUKIT KATIL 7 Disember - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil menjadi penanda aras...
