
Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021 fokus ekonomi rakyat dan kapitalis
GAPAM 17 Jun – Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021 yang akan diumumkan pagi esok memfokuskan bagi memperkasa ekonomi dalam pasca penularan COVID-19.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali berkata, secara ringkas pakej yang bertemakan ‘Sejahtera Bersama’ berlandaskan dua struktur iaitu ekonomi kepada rakyat dan ekonomi kepada negeri yang mempunyai kesinambungan perlu dirancakkan.
“Inisiatif ini lebih menjurus kepada dua perkara iaitu ekonomi kepada rakyat di mana kita sudah memberi inisiatif yang sama seperti ini dan akan dijalankan.
“Seterusnya adalah penumpuan terhadap ekonomi kapitalis di mana ekonomi ini untuk rakyat dan bagaimana cara kita merancakkan lagi semua sektor ekonomi di Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas melakukan tinjauan Sekatan Jalan Raya (SJR) membabitkan empat lokasi di Alor Gajah dan Jasin hari ini.
Esok, Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021 akan disampaikan beliau pada Perutusan Khas secara langsung di atas talian di laman Facebook tepat jam 9.30 pagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR: SISTEMATIK DAN PRIHATIN, ZAHARI PASTIKAN TIADA YANG TERPINGGIR
DURIAN TUNGGAL 27 Oktober - Inisiatif turun padang Ziarah Kasih sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri...
IMAM MD YUSOF TERSENTUH DISANTUNI KETUA MENTERI
DURIAN TUNGGAL 27 Oktober - Dapat meluangkan masa bersembang santai bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedikit...
WRUR: ‘TOWN HALL’ BANTU JPKK FAHAMI DASAR KERAJAAN NEGERI, PERANAN EXCO
DURIAN TUNGGAL 27 Oktober - Sesi 'town hall' Exco Bersama Pemimpin Masyarakat membantu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)...
IKHLAS BERNIAGA, PASANGAN SUAMI ISTERI JUAL SAYUR RM1
DURIAN TUNGGAL 27 Oktober - Pasangan suami isteri dari Lereh menawarkan jualan pelbagai jenis sayur segar pada harga hanya RM1...
HARI TERBUKA EMPANGAN 2025 DIDIK MASYARAKAT MENGENAI KEPENTINGAN PEMELIHARAAN SUMBER AIR
SERI NEGERI 27 Oktober – Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Azhar Arshad menerima taklimat berhubung penganjuran Hari Terbuka Empangan 2025...
SAMPAN ANYAMAN NIPAH BAWA TUAH
AYER LIMAU 27 Oktober - Anyaman nipah digunakan sebagai perhiasan membawa tuah buat pasangan suami isteri ini yang membawa pulang...
