
14 cedera dalam kemalangan dua bas di Singapura
SINGAPURA 11 Julai – Seramai 14 cedera termasuk lima daripadanya serius selepas terbabit dalam satu nahas jalan raya melibatkan dua bas di Singapura hari ini.
Nahas berlaku di Bukit Batok Bus Interchange, menurut Anggota Parlimen Bukit Batok Murali Pillai di Facebooknya.
Namun, katanya “kecederaan mangsa tidak mengancam nyawa”.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pegawai Angkatan Pertahanan Awam Singapura yang bertindak pantas.
Sementara itu, The Straits Times melaporkan nahas berlaku kira-kira 5 petang dan bas berkenaan dikendalikan Tower Transit.
Memetik jurucakap syarikat berkenaan, 16 orang terlibat dalam nahas itu, dua pemandu dan 14 penumpang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
21 BERANAK CIPTA MEMORI HARI KEBANGSAAN DI ZOO MELAKA
AYER KEROH 1 September - Peluang menikmati kemasukan percuma sempena sambutan Hari Kebangsaan dimanfaatkan sebaiknya oleh 21 beranak yang memilih...
TAWARAN KEMASUKAN PERCUMA, TUNAIKAN IMPIAN ANAK NAIK MENARA TAMING SARI
BANDA HILIR 1 September - Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 tahun ini memberi makna berbeza buat keluarga Mohammad Noor Hanafi Sham,...
SEMPAT TENGOK BUNGA API SEBELUM LAHIRKAN ‘HERO’ MERDEKA
BANDARAYA MELAKA 1 September - Seorang ibu Nur Farahin Miszan, 32, sempat menyaksikan pertunjukan bunga api sempena Hari Kebangsaan Ke-69...
LEBIH 13,000 SERBU TIGA PRODUK PELANCONGAN PPSPM PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Seramai 13,074 pengunjung mengambil peluang menikmati tiga produk pelancongan utama di bawah Perbadanan Pembangunan Sungai...
HAMPIR 3,500 NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Hampir 3,500 pengunjung mengambil kesempatan menikmati kemasukan percuma ke Menara Taming Sari sempena Sambutan Hari...
2,826 PENGUNJUNG PILIH TEROKAI MUZIUM
JASIN 31 Ogos – Seramai 2,826 pengunjung direkodkan mengunjungi enam muzium dan galeri di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...

