
Mayat lelaki dalam rumah berkunci
LENDU 14 Julai – Kehilangan seorang lelaki berusia 52 tahun yang gagal dihubungi sejak semalam, akhirnya membawa kepada penemuan mayatnya di dalam rumah di Taman Lendu Ilmu, di sini, hari ini.
Kehilangan itu disedari seorang rakannya apabila gagal menghubungi mangsa sejak semalam, sebelum menghubungi pihak bomba bagi membantu memecahkan pintu rumah dipercayai tempat tinggal lelaki terbabit.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Penguasa Bomba Kanan II, Ramli Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 12.40 tengah hari tadi dan menggerakkan enam anggota ke lokasi kejadian.
Katanya, sejurus memecahkan pintu masuk, pihaknya menemukan mangsa seorang diri dan sedang terbaring di atas kerusi.

“Petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
“Operasi mengambil masa kira-kira 40 minit dan berakhir pada jam 1.30 petang,” katanya dalam satu kenyataan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FESTIVAL D’BENDANG 2025 KEMBALI: HIMPUN 187 USAHAWAN DESA, 42 ACARA SUKAN
AYER KEROH 14 Disember - Lebih 180 usahawan akan berkampung di Kem Benteng Negara, Sungai Rambai, sempena Mini KUD @Festival...
VENA VARIKOS: BUKAN SIMPUL BIASA
Oleh: Dr. Kamalbarathi N.Barathilingam Pakar Bedah Am Oriental Melaka Straits Medical Centre VENA varikos atau lebih dikenali sebagai urat kaki...
REZEKI ANAK, ORANG DUYONG MENANG PROTON S70
AYER KEROH 14 Disember - Sepasang suami isteri tidak menyangka kehadiran mereka ke program RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0...
WRUR DUN BUKIT KATIL PERHALUSI, CARI PENYELESAIAN SETIAP ADUAN RAKYAT
BUKIT KATIL 14 Disember - Sebahagian aduan dan pemasalahan rakyat yang diterima daripada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil...
KONVENSYEN KHAS PENDIDIKAN MELAKA PERKUKUH PERANAN PIBG
AYER KEROH 14 Disember - Konvensyen Khas Pendidikan Negeri Melaka mendapat perhatian Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang melihat...
HIMPUNAN RXZ: JANGAN HANYA LIHAT SUDUT NEGATIF
AYER KEROH 14 Disember - Tindakan sebuah parti politik mengeluarkan kenyataan negatif berhubung penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0...
