
AEON Bandaraya Melaka kembali beroperasi
BANDARAYA MELAKA 21 Julai – Pusat Beli Belah AEON Bandaraya Melaka kembali beroperasi bermula tengah hari tadi sehingga 8 malam, hari ini.
AEON dalam satu kenyataan memaklumkan kompleks beli belah itu akan kembali beroperasi mengikut waktu biasa iaitu dari jam 10 pagi hingga 8 malam bermula esok.
Dalam kenyataan itu, AEON bagaimanapun memaklumkan gedung rangkaiannya masih ditutup buat sementara waktu sehinggalah dimaklumkan kelak.
“Keselamatan pekerja, pelanggan dan rakan perniagaan kami adalah keutamaan dan disebabkan itu kami menutup operasi daripada 15 hingga 20 Julai 2021
“Sepanjang tempoh itu, kami telah menjalankan kerja-kerja sanitasi dan pembasmian kuman mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Kami akan terus menjalankan kerja-kerja sanitasi dan pembasmian kuman secara berkala pada setiap hari terutama membabitkan peralatan seperti troli, bakul, dan keseluruhan premis jualan sebagai langkah keselamatan,” kata kenyataan itu.
Dalam kenyataan sama, AEON turut meminta pelanggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang membeli belah di premis berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TAWARAN KEMASUKAN PERCUMA, TUNAIKAN IMPIAN ANAK NAIK MENARA TAMING SARI
BANDA HILIR 1 September - Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 tahun ini memberi makna berbeza buat keluarga Mohammad Noor Hanafi Sham,...
SEMPAT TENGOK BUNGA API SEBELUM LAHIRKAN ‘HERO’ MERDEKA
BANDARAYA MELAKA 1 September - Seorang ibu Nur Farahin Miszan, 32, sempat menyaksikan pertunjukan bunga api sempena Hari Kebangsaan Ke-69...
LEBIH 13,000 SERBU TIGA PRODUK PELANCONGAN PPSPM PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Seramai 13,074 pengunjung mengambil peluang menikmati tiga produk pelancongan utama di bawah Perbadanan Pembangunan Sungai...
HAMPIR 3,500 NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Hampir 3,500 pengunjung mengambil kesempatan menikmati kemasukan percuma ke Menara Taming Sari sempena Sambutan Hari...
2,826 PENGUNJUNG PILIH TEROKAI MUZIUM
JASIN 31 Ogos – Seramai 2,826 pengunjung direkodkan mengunjungi enam muzium dan galeri di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...
CUTI HARI KEBANGSAAN, ATUK BAWA CUCU JEJAK SEJARAH
MERLIMAU 31 Ogos – Cuti Hari Kebangsaan dimanfaatkan Tajudin Sidek, 62, dengan cara tersendiri apabila membawa dua cucunya mengunjungi Galeri...
