
Ketua JSJ Negeri Sembilan meninggal dunia
SEREMBAN, 12 Sept – Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, ACP Ramlan Abdul Razak, 59, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) pada jam 1.35 pagi tadi akibat kesan sampingan selepas dijangkiti COVID-19 bulan lalu.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata Allahyarham menerima rawatan di HTJ selepas dijangkiti COVID-19 pada 8 Ogos lalu dan disahkan negatif sebelum meninggal dunia.
βKesan akibat COVID-19 menyebabkan organ dalaman Allahyarham tidak dapat berfungsi dengan baik,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata pemergian Allahyarham yang berasal dari Pulau Pinang, adalah kehilangan besar buat warga polis di negeri ini terutama Jabatan Siasatan Jenayah IPK Negeri Sembilan.
Mohamad menyifatkan Allahyarham seorang yang berhati lembut tetapi tegas serta berpengalaman luas dalam bidang siasatan jenayah.
Beliau berkata pegawainya itu berkhidmat dengan PDRM lebih 30 tahun dan bakal bersara pada 9 Okt ini.
Katanya jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang kira-kira jam 11 pagi tadi dan Allahyarham meninggalkan seorang balu, Noor As Azura Md Aris dan 10 orang anak.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: CALON TERMUDA BERUSIA 24 TAHUN
AYER KEROH 31 Oktober - Berusia 24 tahun, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah muncul sebagai calon termuda yang bertanding pada Pilihan...
PRN MELAKA: DR. AKMAL SALEH CALON NOMBOR 1 DUN MERLIMAU
MERLIMAU 31 Oktober - Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menjadi calon nombor satu bagi kerusi Dewan...
AHMAD ZAHID SOKONG CSA DIPERLUAS KEPADA PARTI LAIN TERMASUK PEMBANGKANG
TANJUNG BIDARA 31 Oktober β Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) yang dimeterai antara Kerajaan MADANI dengan beberapa Ahli Parlimen wajar...
PRN MELAKA: RAIS PILIH KEMPEN SANTAI, TEMUI PENGUNDI SECARA BERSEMUKA
SUNGAI UDANG 31 Oktober - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Rais Yasin memilih...
79 CALON BERTANDING PRN MELAKA KE-16 – SPR
AYER KEROH 31 Oktober - Seramai 79 calon mewakili pelbagai parti politik termasuk calon Bebas disahkan layak bertanding pada Pilihan...
PRN MELAKA: MCA TANDING EMPAT KERUSI BUKTI KESEPAKATAN BN β AHMAD ZAHID
TANJUNG BIDARA 31 Oktober β Kepercayaan kepada MCA bertanding di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri...
