
Bekas ASP direman kes terima rasuah bulanan
AYER KEROH 22 Sept. – Seorang bekas pegawai polis direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes menerima rasuah antara RM1,500 hingga RM2,200 setiap bulan bermula November 2019 hingga Mac lalu.
Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim membenarkan suspek direman sehingga 24 September ini selepas dipohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka bagi membantu siasatan.
Mengikut laporan, suspek berpangkat Asisten Superintendan (ASP) ketika berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka itu disyaki menerima wang suapan antara RM1,200 hingga RM2,200 daripada sebuah syarikat keselamatan, sebagai balasan membantu mendapatkan kerja kawalan keselamatan di sebuah syarikat pemaju.
Kes disiasat mengikut Seksyen 21 (C) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi dan dipenjara 20 tahun jika sabit kesalahan.
Terdahulu, suspek tiba di Mahkamah Ayer Keroh, Melaka berpakaian baju SPRM berwarna jingga kira-kira jam 8.30 pagi.
Pengarah SPRM negeri, Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi turut mengesahkan penahanan suspek berusia 60 tahun itu ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM negeri pada jam 8.05, malam semalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
298,000 BELIA MELAKA ASET PALING BERHARGA – KM
AYER KEROH 9 Julai – Di sebalik pembangunan pesat sedang digerakkan Kerajaan Negeri, golongan belia dilihat sebagai aset paling berharga...
GANDINGAN ‘TOK RAUF’, ‘TOK AJAK’ SINARI PELANCONGAN MELAKA
TELOK MAS 8 Julai - Kejayaan sektor pelancongan yang semakin mendunia dan menggamit jutaan pelancong merupakan hasil visi serta idea...
MAIM PINDAHKAN PUSARA EMPAT SEKELUARGA BERUSIA LEBIH 60 TAHUN
SERKAM 8 Julai - Pusara empat sekeluarga berusia lebih 60 tahun di Mukim Merlimau, selamat dipindahkan ke lokasi perkuburan Islam...
DURIAN PERCUMA, RAKYAT HARGAI KEPRIHATINAN TOK RAUF
TANJUNG BIDARA 8 Julai - Program makan durian percuma bukan sekadar untuk menyantuni dan berkongsi rezeki bersama rakyat, sebaliknya dilihat...
KAMPUNG PADANG SUDAH BERUBAH WAJAH
KESIDANG 8 Julai – Rumah Pangsa Kampung Padang yang dahulunya berdepan pelbagai masalah infrastruktur dan persekitaran kini berubah wajah hasil...
BUMBUNG BAHARU, BANTUAN BERMAKNA BUAT NELAYAN JAGA ISTERI HIDAP KANSER
SUNGAI RAMBAI 8 Julai - Di sebalik senyuman yang terukir, tersimpan kisah perjuangan hidup seorang nelayan yang bukan sahaja berdepan...
