
Bekas ASP direman kes terima rasuah bulanan
AYER KEROH 22 Sept. – Seorang bekas pegawai polis direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes menerima rasuah antara RM1,500 hingga RM2,200 setiap bulan bermula November 2019 hingga Mac lalu.
Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim membenarkan suspek direman sehingga 24 September ini selepas dipohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka bagi membantu siasatan.
Mengikut laporan, suspek berpangkat Asisten Superintendan (ASP) ketika berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka itu disyaki menerima wang suapan antara RM1,200 hingga RM2,200 daripada sebuah syarikat keselamatan, sebagai balasan membantu mendapatkan kerja kawalan keselamatan di sebuah syarikat pemaju.
Kes disiasat mengikut Seksyen 21 (C) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi dan dipenjara 20 tahun jika sabit kesalahan.
Terdahulu, suspek tiba di Mahkamah Ayer Keroh, Melaka berpakaian baju SPRM berwarna jingga kira-kira jam 8.30 pagi.
Pengarah SPRM negeri, Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi turut mengesahkan penahanan suspek berusia 60 tahun itu ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM negeri pada jam 8.05, malam semalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘KITA TAK PILIH SIAPA MAHU DIDENGAR, SIAPA MAHU DIBANTU’ – AB RAUF
MACHAP JAYA 23 Ogos- Kerajaan Negeri dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh cakna dan mengambil peduli suara...
CUTI SEKOLAH: BELANJA RM70 DI MELAKA RIVER CRUISE BOLEH MENANG KERETA
DUYONG 23 Ogos - Cuti persekolahan yang bakal tiba ini boleh dimanfaatkan seisi keluarga untuk menikmati pelayaran dengan Melaka River...
1,000 JALUR GEMILANG HIDUPKAN SEMANGAT MERDEKA DI JASIN
JASIN 23 Ogos - Sebanyak 1,000 Jalur Gemilang menghiasi enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Jasin...
HARI KEBANGSAAN MELAKA: ASPEK KESELAMATAN JADI KEUTAMAAN
BANDARAYA MELAKA 23 Ogos - Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka kini berjalan lancar mengikut jadual dengan kerja...
KETUA MENTERI TURUN PADANG JUMPA RAKYAT MACHAP JAYA, ASAHAN ESOK
AYER KEROH 22 Ogos - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh akan turun padang menjelajah Dewan Undangan Negeri...
UPNM BUKAN SEKADAR BINA KEMUDAHAN, BENTUK JATI DIRI MASYARAKAT ALAI
TELOK MAS 22 Ogos - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memberi tumpuan terhadap pembentukan jati diri, sahsiah dan nilai patriotisme...
