Lelaki ‘transporter’, tiga pelacur rentas negeri dicekup polis

Masa Membaca:1 Minit, 46 Saat

BANDA HILIR 13 Okt – Tiga wanita termasuk seorang warga tempatan dipercayai terbabit kegiatan pelacuran rentas negeri ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Tun Sri Lanang, di sini semalam.

Kesemua mereka dicekup sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dalam serbuan dalam serbuan jam 9 malam.

Selain tiga wanita berusia antara 22 dan 23 tahun, dalam sebuan itu polis turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 25 tahun.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan terdapat aktiviti perkhidmatan seks di hotel terbabit.

KETUA Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad

“Polis menahan empat individu iaitu seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan serta dua wanita Indonesia.

“Hasil pemeriksaan polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai digunakan untuk aktiviti tidak bermoral itu termasuk kondom, beberapa gulung tisu kertas dan tuala.

“Turut dirampas sejumlah wang tunai dan serangkai kunci kenderaan serta kenderaan disyaki digunakan untuk kegiatan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, Afzanizar berkata, siasatan lanjut mendapati semua suspek datang dari luar Melaka dan menjadikan hotel berkenaan sebagai lokasi aktiviti pelacuran dengan mengenakan bayaran RM350 bagi setiap perkhidmatan.

ANTARA barangan yang dirampas iaitu kondom dan tuala dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Tun Sri Lanang, di sini semalam.

“Kegiatan pelacuran itu dipercayai mula beroperasi sejak awal minggu ini dengan menyewa tiga bilik untuk dijadikan lokasi aktiviti tidak bermoral itu.

“Lelaki warga tempatan berkenaan bertindak sebagai ‘transporter’ kepada tiga wanita berkenaan bagi membeli barang keperluan,” katanya.

Beliau berkata, dua warga tempatan itu direman empat hari hingga Sabtu ini manakala wanita warga asing direman tiga hari hingga Jumaat ini.

Jelasnya, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, beliau berkata dalam tempoh Januari hingga September lalu, pihaknya melakukan 26 serbuan terhadap aktiviti pelacuran di daerah itu.

“Semua kes berkenaan telah didakwa di mahkamah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2158
Kongsi :
Previous post UMNO perlu ada saluran sesuai tarik pengundi muda – Shahril
Next post Ahli Parlimen Labuan didakwa guna kedudukan dapatkan kontrak pekerjaan
Ubah saiz-+=