
Perlu ada fleksibiliti dalam SOP – Jailani
KUALA LUMPUR 27 Okt. – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Muhammad Jailani Khamis berharap kerajaan perlu memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) yang lebih fleksibel dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Beliau menyifatkan SOP kempen yang dikeluarkan bagi PRN kali ini kurang tepat jika dihandingkan dengan aktiviti sosial yang dibenarkan.
“SOP kali ini perlu fleksibiliti kerana memandangkan aktiviti-aktiviti lain seperti di aktiviti sosial dan keagamaan dibenarkan.
“Jadi aktiviti-aktiviti politik telah diharamkan, jadi saya rasa ini kurang tepat. Kalau boleh pun dihadkan mengikut sepertimana aktiviti sosial lain yang dibenarkan.
“Saya yakin kalau fleksibiliti ini diberi, pihak pembangkang pun mengalu-alukan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Pilihan Raya Negeri Melaka 2021 di Pusat Dagangan Dunia, malam tadi.
Dalam pada itu ujarnya, BN Alor Gajah kini dalam keadaan bersiap siaga bagi menjalankan kempen dalam cara baharu seperti yang ditetapkan.
“Banyak yang perlu dilakukan lagi dan kali ini insyaAllah kita akan membuat beberapa pendekatan yang lebih baru bersesuaian dengan keadaan semasa bagi memastikan kemenangan untuk BN,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...

