
BN sedang tunggu ‘acuan’ berkempen – Rauf
KUALA LUMPUR 27 Okt – Barisan Nasional (BN) Melaka masih menunggu ketetapan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu sebelum melancarkan taktikal berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov depan.
Pengerusinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, sebarang keputusan yang diumumkan nanti bagaimanapun dipercayai tidak akan menghalang BN untuk berkempen, meskipun tertakluk kepada SOP yang ketat.
“Kita sebenarnya sedang menunggu kaedah SOP yang terkini. Jadi kalau kita mendapat SOP yang terkini, maka kaedah pilihan raya itu akan mengikut acuan.
“Bagaimanapun kita akan terus juga berkempen dengan cara sendiri tanpa mengenepikan SOP yang diberikan kerajaan.
“Kami dan kami pastikan Melaka akan ditadbir urus oleh pilihan rakyat pada 20 November depan.
“Pilih Barisan Nasional untuk rakyat, demi rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Melaka 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), malam tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
EKONOMI BIRU MASA DEPAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 11 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan bahawa pertumbuhan Ekonomi Biru atau 'Blue...
JEREBU: KURANGKAN AKTIVITI LUAR, ELAK UDARA TERCEMAR
SUNGAI UDANG 11 Oktober - Rakyat Melaka dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar susulan keadaan jerebu yang masih berada pada tahap tidak...
SEKOLAH DI MELAKA BEROPERASI SEPERTI BIASA ESOK
AYER KEROH 11 Oktober - Semua institusi pendidikan di Melaka akan beroperasi semula seperti biasa esok (Isnin, 12 Oktober), susulan...
PERZIM KAJI PENDEKATAN BAHARU NAIK TARAF PAMERAN MUZIUM
BANDA HILIR 11 Oktober - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengumpulkan idea dan input baharu menerusi lawatan penanda aras ke lima...
TOK RAIS BAWA JUALAN MURAH KE 10 LOKASI DI DUN SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 11 Oktober - Sebanyak 10 lokasi sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang menjadi tumpuan pelaksanaan Jualan Sayang...
KOPERASI MRSM TUN GHAFAR BABA CIPTA MODEL BAHARU ‘KEDAI SEKOLAH’
BANDA HILIR 11 Oktober - Daripada menjual keperluan harian pelajar hingga menyediakan perkhidmatan dobi, makanan dan gunting rambut, Koperasi Maktab...

