
Kesihatan jemaah jadi keutamaan – Sulaiman
LENDU 7 Nov – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menyerahkan 38 mesin penyembur wap dan cecair pembasmi kuman kepada pihak pengurusan masjid di kawasan Masjid Tanah.
Beliau berkata, penyerahan itu bagi memastikan kesihatan petugas dan jemaah masjid di kawasan itu terpelihara dan persekitaran yang lebih terjamin.
“Alhamdulillah, tiada yang lebih menjadi keutamaan selain memastikan kesihatan jemaah di masjid diberi keutamaan terutama dalam tempoh sukar berdepan pandemik COVID-19.
“Justeru, hari ini saya mengambil kesempatan menyerahkan sebanyak 38 mesin penyembur wap dan cecair pembasmi kuman kepada pihak pengurusan masjid di seluruh Masjid Tanah,” katanya menerusi hantaran Facebook di sini, hari ini.
Majlis penyerahan itu diadakan di Masjid Saidina Umar Al Khattab, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Masjid Tanah yang dihadiri Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat.

Terdahulu, Sulaiman turut bersama-sama menunaikan solat Subuh di masjid berkenaan selain menyampaikan sumbangan kepada pengerusi dan pegawai syarak di masjid sama.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 13,000 SERBU TIGA PRODUK PELANCONGAN PPSPM PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Seramai 13,074 pengunjung mengambil peluang menikmati tiga produk pelancongan utama di bawah Perbadanan Pembangunan Sungai...
HAMPIR 3,500 NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Hampir 3,500 pengunjung mengambil kesempatan menikmati kemasukan percuma ke Menara Taming Sari sempena Sambutan Hari...
2,826 PENGUNJUNG PILIH TEROKAI MUZIUM
JASIN 31 Ogos – Seramai 2,826 pengunjung direkodkan mengunjungi enam muzium dan galeri di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...
CUTI HARI KEBANGSAAN, ATUK BAWA CUCU JEJAK SEJARAH
MERLIMAU 31 Ogos – Cuti Hari Kebangsaan dimanfaatkan Tajudin Sidek, 62, dengan cara tersendiri apabila membawa dua cucunya mengunjungi Galeri...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: 18,318 PENGUNJUNG MERIAHKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 31 Ogos - Sasaran 10,000 pengunjung sempena Program Kemasukan Percuma ke Zoo Melaka sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: PENGUNJUNG SERBU ZOO MELAKA SEAWAL 6.30 PAGI
AYER KEROH 31 Ogos - Bahang matahari yang semakin terik tidak menghalang orang ramai termasuk pelancong untuk terus beratur malah...
