
Kesihatan jemaah masjid jadi keutamaan – Sulaiman
LENDU 7 Nov – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali hari ini berkesempatan menyerahkan sebanyak 38 mesin penyembur wap dan cecair pembasmi kuman kepada pihak pengurusan masjid di seluruh Masjid Tanah.
Katanya, sumbangan mesin dan cecair pembasmi kuman itu bertujuan untuk memastikan masjid menjadi tempat yang selamat dan terhindar daripada ancaman wabak penyakit.
“Alhamdulillah, tiada yang lebih menjadi keutamaan An selain memastikan kesihatan jemaah di masjid diberi keutamaan terutama dalam tempoh sukar berdepan pandemik COVID-19,” katanya.
Majlis penyerahan itu telah diadakan di Masjid Saidina Umar Al Khattab, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Masjid Tanah.
Turut hadir ke majlis itu ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat.
Terdahulu, Sulaiman menunaikan oolat Subuh berjemaah di masjid itu, selain turut menyampaikan sumbangan kepada pengerusi dan pegawai syarak masjid berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...

