
Satu lagi laporan polis diterima, menjadikan tiga keseluruhannya
ALOR GAJAH 8 Nov – Satu lagi laporan polis diterima berkaitan tindakan calon bertanding membawa penyokong ketika proses penamaan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata, setakat ini pihaknya menerima tiga laporan polis membabitkan kejadian itu di Dewan Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Tanjung Bidara di sini serta Kompleks Komuniti Desa (KKD) Telok Mas di Melaka Tengah.
Katanya, satu lagi lokasi membabitkan Dewan Perpustakaan Awam Melaka (Perpustam) Bukit Baru.
“Setakat jam 2.30 petang tadi, tiga kertas siasatan dibuka membabitkan tindakan calon membawa penyokong ke pusat penamaan calon.
“Kertas siasatan itu akan dibuka mengikut Akta 342 dan sekiranya didapati berlaku kesalahan polis akan mengeluarkan kompaun,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini hari ini.
Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah menerima dua laporan polis di Telok Mas dan Tanjung Bidara sebelum satu lagi diterima di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Melaka.
Views:
Related

Berita Lain
‘RUMAH NENEK PATIMAH SUDAH TAK BOCOR’
SERKAM 3 Julai - Patimah Jantan, 71, tidak berhenti tersenyum kegembiraan selepas melihat kediamannya yang sebelum ini uzur dan berusia...
MELAKA LAKSANA HUKUMAN TEGAS BAGI KES JENAYAH SYARIAH
PENGKALAN BATU 3 Julai - Pesalah jenayah syariah di Negeri Melaka bakal berdepan hukuman lebih tegas menerusi penguatkuasaan semua bentuk...
BERMULA GAJI RM150, KINI GURU JAIM BUKAN LAGI PENDIDIK ‘KELAS KEDUA’ – TOKOH GURU
BANDA HILIR 3 Julai - Bermula dengan gaji cuma RM150 sebulan ketika mula berkhidmat pada 1985, penerima Tokoh Guru Jabatan...
‘SINGA’, ‘NAGA’ KINI SIMBOL PERPADUAN
KESIDANG 3 Julai - Tarian singa dan naga yang suatu ketika dahulu sinonim dengan kaum Cina kini telah menjadi simbol...
KERESAHAN DIAMI RUMAH UZUR BERAKHIR SELEPAS EMPAT DEKAD
SERKAM 3 Julai - Selepas lebih empat dekad mendiami rumah uzur dengan dinding merekah dan bumbung bocor, pasangan warga emas...
MELAKA PERKASA SEKTOR AGROPELANCONGAN, TARIK PELANCONG LAWAT PRODUK LUAR BANDAR
AYER KEROH 3 Julai - Sektor Agropelancongan Melaka akan kembali meriah dengan tawaran pelbagai produk baharu dan acara menarik disusun...

