WhatsApp Image 2021-10-16 at 2.47.54 PM

Polis Melaka terima dua laporan calon bawa penyokong

ALOR GAJAH 8 Nov – Polis Melaka menerima dua laporan polis berhubung tindakan calon bertanding membawa penyokong ketika proses penamaan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah berkata, laporan polis itu membabitkan dua lokasi iaitu di Dewan Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Tanjung Bidara di sini serta Kompleks Komuniti Desa (KKD) Telok Mas di Melaka Tengah.

Katanya, kedua-dua lokasi itu menunjukkan terdapat antara 20 hingga 25 penyokong berkumpul mengiringi calon masing-masing namun disuraikan anggota polis bertugas.

“Menerusi pemantauan daripada 28 Dewan Undangan Negeri (DUN), kita dapati hari ini ada beberapa kawasan yang membawa penyokong mereka ke pusat penamaan calon.

“Arahan penyelarasan tugas dikeluarkan bahawa laporan polis hendaklah dibuat kepada mereka yang membawa penyokong ke pusat penamaan calon.

“Namun mereka (penyokong) tidak sampai ke pusat itu sebaliknya berada lebih daripada 100 meter daripada pusat berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa meninjau proses penamaan calon di Dewan Kompleks Japerun Tanjung Bidara di sini hari ini.

Terdahulu, Melaka Hari Ini (MHI) melaporkan polis membuka kertas siasatan berhubung tindakan calon Pakatan Harapan (PH) yang membawa penyokong di luar perkarangan pusat penmaaan calon, Kompleks Komuniti Desa, Telok Mas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Supritendan Rais Mukhliz Azman Aziz mengesahkan mengenai perkara itu dan memaklumkan kejadian itu berlaku sekitar jam 9 pagi tadi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

29
LOGO POLIS Previous post Tumpu kawasan berbukit, taktik baharu penyeludup daun ketum – PGA
photo_2021-10-15_18-22-52 Next post Satu lagi laporan polis diterima, menjadikan tiga keseluruhannya