
Melaka, berilah peluang kepada calon MCA – Ka Siong
AYER KEROH 17 Nov – MCA menyeru rakyat negeri ini memberi sokongan kepada calon parti itu untuk membentuk kerajaan yang stabil bersama Barisan Nasional (BN).
Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, mandat baharu kepada MCA perlu diberikan satu nafas baharu kepada kepelbagaian kaum di negeri ini khususnya membabitkan kaum Cina.
“Kepelbagaian (kaum) dalam struktur pentadbiran kerajaan negeri sangat diperlukan bagi membolehkan suara kaum Cina didengari.
“Jika peluang diberikan kepada wakil MCA, saya pasti kepelbagaian itu dapat memastikan suara semua pihak didengari dan saya akan berterima kasih kepada rakyat jika memilih kami,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam majlis memperkenalkan calon MCA bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di sebuah hotel di Ayer Keroh yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Mengulas mengenai calon yang dipilih, Ka Siong optimis tujuh calon yang ditampilkan itu adalah yang terbaik dan boleh memperjuangkan suara rakyat.
Katanya, walaupun calon itu terdiri daripada ramai muka baharu, namun, rata-rata mereka sudah agak lama berkecimpung dalam dunia politik.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PROJEK SAKIT JKR MENURUN 4.13 PERATUS
SERI NEGERI 20 Ogos - Trend projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan perkembangan positif apabila menurun...
31 OGOS: JOM JALAN-JALAN MELAKA, 13 PRODUK PELANCONGAN PERCUMA MENANTI
AYER KEROH 20 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka lebih bermakna apabila orang ramai berpeluang menikmati kemasukan percuma...
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
