Usaha pulih ekonomi pasca COVID-19 fokus utama Mas Ermieyati

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

TANJUNG BIDARA 18 Nov – Usaha memulihkan kembali ekonomi akibat cabaran pandemik COVID-19 merupakan fokus utama Perikatan Nasional (PN) Tanjung Bidara sekiranya diberi mandat mentadbir negeri.

Calon Ketua Menteri PN, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata, selain itu, suara anak muda juga akan diberi penekanan dan perhatian terutama membabitkan peluang pekerjaan, agenda sosial dan pendidikan.

Malah katanya, agenda sosial dan pendidikan turut akan menjadi tunjang kepada parti itu.

“Apabila kita berhadapan pandemik COVID-19 selalu saya katakan bahawa apa yang penting adalah makanan di atas meja, kerana saya seorang ibu, seorang wanita dan melihat pandemik ini menghimpit ekonomi sesebuah keluarga begitu dasyat sekali.

“Sebab itu harus kita lihat bagaimana nak mengukuhkan kembali ekonomi dengan peluang-peluang yang boleh kita lihat bagaimana nak tarik pelabur-pelabur datang ke Melaka, memperkasa dan mempergiat IKS (indsutri kecil sederhana), merancakkan pelancongan.

“Suara anak muda juga harus dijadikan penekanan, jadi peluang-peluang juga bukan pada wanita…suara anak muda juga harus diberikan perhatian dalam sektor pekerjaan…dan begitu juga agenda sosial dan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media diadakan di Bilik Gerakan Tanjung Bidara, di sini malam tadi.

Hadir sama, Ketua Penerangan Bersatu Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Sementara itu, Wan Saiful berkata, misi parti itu bukannya mahu menjadi sebuah parti yang bertelagah untuk merebut jawatan Ketua Menteri.

Justeru, beliau berharap kesemua calon PN yang dilantik dalam kalangan muka baharu dan mempunyai rekod bersih perlu diketengahkan.

“Kita tak mahu dilihat sebagai parti yang bertelagah dan berlebih-lebih mengenai jawatan Ketua Menteri.

“Saya ingatkan semua bahawa berlakunya PRN adalah sebab ada orang nak berebut jawatan Ketua Menteri, kita bukan dari golongan tersebut.

“Kita takkan mengulangi sikap tersebut dan akan susun strategi seperti pengumuan hari ini adalah sangat tepat yang membawa excitement masyarakat yang sangat jelas,”katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

404
Kongsi :
Previous post Pengiktirafan kepada golongan wanita – Mas Ermieyati
Next post ‘Bossku’ dapat sambutan di Hang Tuah Jaya
Ubah saiz-+=