Pengiktirafan kepada golongan wanita – Mas Ermieyati

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

MASJID TANAH 18 Nov – Calon Perikatan Nasional (PN) Tanjung Bidara, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin menyifatkan pencalonannya sebagai Ketua Menteri adalah pengiktirafan parti kepada golongan wanita.

Beliau berkata, walaupun sekadar calon namun ia adalah amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul demi kesejahteraan rakyat.

“Pertamanya, saya memanjatkan kesyukuran dan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti, Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semua presiden parti (PN) yang telah bersetuju menamakan saya sebagai calon Ketua Menteri.

“Ini merupakan amanah dan tanggungjawab besar harus saya pikul, walau hanya menamakan tetapi masa sama saya menganggap ia sebagai pengiktiran kepada wanita.

“Bukan hanya wanita PN, tetapi wanita seluruh negara bahawa hari ini tiada apa yang mustahil,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Tanjung Bidara, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pimpinan Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen sebagai Pengerusi PN negeri kerana memberikan asas yang kukuh kepada PN negeri.

“Saya sendiri akan berjumpa beliau malam ini, tanpa usaha beliau tidak ada sebagaimana hari ini di Melaka,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan Mas Ermieyati Samsudin dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, pemilihan itu bakal menjadikan Mas Ermieyati wanita pertama dalam sejarah ditawarkan Ketua Menteri sekiranya PN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

373
Kongsi :
Previous post Melaka United cipta sejarah ke separuh akhir Piala Malaysia
Next post Usaha pulih ekonomi pasca COVID-19 fokus utama Mas Ermieyati
Ubah saiz-+=