
AirAsia tawar diskaun 20 peratus untuk penerbangan domestik
KUALA LUMPUR, 3 Ogos – AirAsia Group Bhd melancarkan promosi istimewa dengan menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus untuk semua tempat duduk bagi penerbangan domestiknya.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata AirAsia telah merekodkan jumlah pelancong domestik yang memberangsangkan selepas ia menjual lebih daripada 500,000 tempat duduk pada bulan Julai, terutamanya pada waktu puncak hujung minggu lepas sempena cuti Hari Raya Aidiladha.
“Promosi ini juga tepat pada masanya untuk pelajar universiti, ibu, bapa dan pensyarah yang perlu melakukan perjalanan bagi semester yang akan datang,” katanya.
“Kami meminta semua penumpang untuk mematuhi semua langkah keselamatan seperti selalu memakai memakai pelitup muka, kerap membasuh tangsan dan tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum pesawat mereka berlepas,” kata Riad.
Sementara itu, pelanggan boleh menempah tiket mulai sekarang sehingga 9 Ogos untuk tempoh perjalanan antara 17 Ogos hingga 6 Disember tahun ini dan AirAsia juga memberikan fleksibiliti yang lebih baik bagi penumpang yang terbang hingga 31 Disember 2020, yang membolehkan penumpang mengubah tarikh penerbangan mereka dengan mudah pada bila-bila masa tanpa caj pertukaran penerbangan.-BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
200 BEKAS AHLI KEMBALI KE PANGKUAN UMNO MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 17 Mei - Hampir 200 bekas ahli parti kembali menyertai UMNO Bahagian Masjid Tanah, malam tadi. Kesemua mereka...
PRN MELAKA PASTI BERLAKU DALAM TEMPOH 120 HARI
TANJUNG BIDARA 17 Mei - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN)...
MASJID BAHARU MAKBUL IMPIAN KARIAH LESONG BATU
MACHAP JAYA 17 Mei – Setelah sekian lama bergantung kepada masjid di kampung bersebelahan, penduduk Lesong Batu kini bakal melakar...
MENARA TAMING SARI HIMPUNKAN 150 RIDER DGR 2026, BAWA MESEJ KESIHATAN LELAKI
BANDA HILIR 17 Mei - Lebih 150 penunggang motosikal klasik dan moden berhimpun di perkarangan Menara Taming Sari, di sini,...
WRUR KOTA LAKSAMANA: KESEJAHTERAAN RAKYAT KEUTAMAAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 17 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) adalah manifestasi kepada gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) lahir...
WRUR KOTA LAKSAMANA: SUARA RAKYAT PANDUAN PEMBANGUNAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 17 Mei - Sebanyak 2,474 daripada keseluruhan 3,664 aduan diterima sepanjang 15 siri Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat...

